Pages

Showing posts with label Daging / Ayam. Show all posts
Showing posts with label Daging / Ayam. Show all posts

AYAM GORENG KUNYIT



Ayam goreng kunyit ni di antara menu wajib kat rumah.
Di gandingkan pula dengan sambal belacan dan kicap, makan dengan nasi panas dan telur dadar.. tak perlu masak lauk lain dah....
Saya kongsikan resepi ayam goreng kunyit cara saya.

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT
BY: NINA MAHDAR

BAHAN-BAHAN:
2 ketul Dada ayam - potong kecil2.
1 sudu besar tepung bestari
(boleh tambah sesudu lagi jika nak garing)
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil garam
1 biji bawang merah - di hiris tebal
1 inci halia - di hiris halus
Lada merah - di hiris halus
lobak merah -
Bunga kobis
Kacang panjang

Cara membuatnya:
- satukan teoung, garam, serbuk kunyiy dan kari kedalam ayam yang telah di potong kecil tadi.
- kacau rata.
- panaskan minyak. Goreng ayam. Jika ayam masih melekat. Biarkan seketika.
- tunggu sedikit ayam garing baru di terbalikkan. Kemudian lerai2kan isi ayam yang melekat tadi.
- goreng sehingga ayam garing. Kemudian masukkan sayur yang keras dulu seperti lobak dan bunga kobis.
- masukkan pula kesemua bahan yang tinggal. Goreng sehingga semuanya masak.
- angkat dan toskan minyaknya.
- selamat menjamu selera.

AYAM GORENG BIJAN RANGUP



Anak-anak paling suka menu ayam goreng. Kali ni goreng letak bijan. memang sedap makan dengan nasi panas-panas.

RESEPI AYAM GORENG BIJAN

Bahan-bahan:
kepak ayam
2 sudu makan tepung beras
1 sudu makan serbuk lada/cili merah
garam secukupnya
1 sudu kecil serbuk kunyit
bijan

Cara Membuatnya:
- Gaul kesemua bahan sehingga sebati.
- Goreng dalam minyak yang panas sehingga ayam masak dan garing.
- Angkat dan toskan minyaknya.
- sedia untuk di dikmati.

DAGING MASAK BLACK PEPPER



Menu lunch hari ni. Daging masak lada hitam simple je tak cukup bahan. Tak pe janji sodap kan...

RESEPI DAGING MASAK BLACK PEPPER

Bahan-bahan:
Daging - saya rebus terlebih dahulu. bila empuk hiris halus
1 biji bawang holand/merah - mayang halus
1" halia - hiris halus
2 ulas bawang putih. ketuk
5 tangkai cili kering / lada merah
1 sudu lada hitam - tumbuk kasar
sedikit daun bawang
1 biji tomato - potong 8
2 sb sos cili
2 sb sos tomato
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis
1 sk tepung jagung - bancuh dengan 1/2 cawan air.
sedikit susu cair

Cara Membuatnya:
- Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering hingga naik bau.
- Masukkan Daging. Masukkan lada hitam. kacau rata.
- Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap manis.
- tuang sedikit air. biarkan mendidih. masukkan tomato.
- Masukkan pula lebihkurang 3 sudu makan susu cair. kacau sebati. perasakan dengan garam dan sedikit gula jika suka.
- Tuang bancuhan tepung jagung tadi. masak sehingga kuah memekat.
- Taburkan daun bawang.
- Angkat dan hidangkan.



RENDANG AYAM DAN SAYUR LODEH SIMPLE




Rezeki dapat Ketupat dari kawan incik suami. Terus K. Nina merendang. Dah macam hari raya. Anak-anak buka tudung saji.. Ayat pertama keluar dari mulut diorang... Wowwwwwwww.. hehehe
Dalam setahun boleh di bilang berapa kali buat menu macam ni.. tu yang bila makan seleranya lain macam.. Penangan ketupat...

Resepi K.Nina copy dari sajian dapur bonda

Rendang Tok Versi Ayam
Inspirasi: Kak Noor @ Sajian Dapur Bonda

Bahan-bahan A:
Seekor ayam segar (anggaran 2 kg) – dipotong 12
2 cawan santan + 1 cawan air = 3 cawan santan 
(kalau guna santan kelapa, gunakan tiga cawan pati santan)
6 sudu besar kerisik
5 keping asam gelugor
4 keping daun kunyit – dihiris halus
5 – 6 helai daun limau purut
1 batang serai – dititik
3 sudu besar gula perang
1 sudu besar gula putih
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis
Minyak secukupnya untuk menggoreng ayam

Bahan-bahan B (dikisar basah):
8 sudu besar cili kering kisar
4 biji bawang besar – dipotong kecil terlebih dahulu
4 ulas bawang putih
6 batang serai – dipotong serong
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
Air secukupnya

Bahan-bahan C (rempah):
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu keci serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar serbuk garam masala
1 sudu kecil serbuk rempah masak hitam – Kak Noor guna jenama Az-Zain
Air secukupnya

Persediaan Sebelum Memasak:
1. Ayam dipotong 12 dan dibuang semua kulit. Kemudian lumurkan ayam dengan 3 sudu besar tepung gandum dan 2 sudu cuka. Biarkan 2 minit. Kemudian basuh bersih dan toskan (Kaedah ini selalu digunakan oleh Kak Noor untuk menghilangkan bau hanyir ayam dan isinya kembali pejal setelah dibasuh – petua daripada bonda).

2. Perap ayam bersama 3 sudu besar rempah daging dan 1 sudu besar serbuk kunyit selama lebih kurang 20 minit.

3. Panaskan minyak dan goreng ayam ½ masak. Angkat dan toskan.

4. Masukkan kesemua Bahan B di dalam blender basah dan kisar sehingga semua bahan lumat. 

5. Satukan kesemua Bahan C dan bancuh dengan sedikit air sehingga menjadi pes.


Cara-cara Memasak:
1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis serai sehingga layu sedikit.

2. Kemudian masukkan bahan kisar B, kacau rata. Diikuti dengan bahan C (pes rempah). Kacau dan masak sehingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.

3. Selepas itu tuang santan dan kacau. Masak sehingga mendidih.

4. Kemudian masukkan ayam, diikuti dengan asam keping, daun limau purut, kerisik, gula perang, gula putih, dan garam. Kacau rata sehinga semuanya rasa sebati.

5. Bila ayam telah masak dan kuah agak pekat, masukkan hirisan daun kunyit ke dalam rendang. Kacau sehingga sebati dan biarkan mereneh 1 minit di atas dapur sebelum tutup api.



Bahan-bahan:
10 btng kacang panjang - dipotong pendek/serong
1 btng carrot - di potong 1" tapi tipis
1/4 biji kobis - di hiris
2 keping tahu kering- di rendam dan potong kecil
1 ikat kecil soo hoon- di rendam dan potong kecil
2 keping tempe*
2 keping tahu*(* di goreng, dah sejuk di potong kecil)

2 btng cili merah- di potong serong
2 btng serai- di titik
1 kotak santan - bancuh dengan 4 cawan air
garam dan sedikit gula
1/2 cwn minyak utk menumis

Bahan Kisar
2 biji bawang merah sederhana besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering

Cara Membuatnya:
- Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar. Masukkan serai yg di titik.
- Tumis hingga terbit minyak. Masukkan air. biarkan mendidih.
- Masukkan carrot, kcng panjang.Gaul sebati.
- Masukkan soo hoon, tahu kering, tempe, tahu dan kobis.
- Masukkan cili merah yg di potong serong tadi dan masukkan santan pekat.
- Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Biarkan mendidih.
- Bila dah cukup rasa, matikan api dan bolehlah di hidangkan.

RENDANG DAGING DAN PULUT KUNING








Rendang daging dengan pulut kuning lagi.. kali ni ikut je la bahan apa yang ada kat rumah. bulan ni je dah 2 kali buat. Budak-budak kat ruma ni suka bebeno makan rendang ngan pulut.
Hari tu beli pulut kuning Zarina Zainuddin. beli 2 bekas je. tu pun tak cukup. sedap pulut kuning dia. rendang daging ngan rendang kerang dia mabeles.
uols gi la usha IG dia..

RENDANG DAGING

Bahan-bahan: 1 kg daging 250ml santan pekat 2 peket kecil kerisik 2-4 helai daun kunyit-carik 2 - 4 helai daun limau purut Garam, asam jawa dan gula melaka
Lada merah - hiris halus

BAHAN KISAR 4 biji bawang merah 5 ulas bawang putih 2 inci halia 2 inci lengkuas muda 5 batang serai - hiris segenggam lada kering. masak sehingga lembut 2 sudu makan ketumbar (rata) - sangai wangi 1 sudu makan jintan manis - sangai 1 sudu makan jintan putih - sangai Cara Membuatnya: - Kisar bahan kisar iaitu bawang merah, besar, bawang putih, halia, lengkuas, jintan manis, ketumbar, serai, lada kering, sehingga halus. - Panaskan minyak. masukkan kayu manis dan bunga lawang. biarkan seketika. - Masukkan bahan kisar tadi, masak sehingga garing dan pecah minyak. - Kemudian masukkan air asam jawa. - Masukkan daging yang telah di bersihkan. - Tuang air lebihkurang 3-4 cawan. - Masukkan kerisik. masukkan lada hidup/merah yang di hiris halus. - Masukkan pula daun kunyit dan daul limau purut. - Masukkan garam dan gula melaka. - Akhir sekali tuang santan pekat. - Masak sehingga daging empuk. Tuang air jika perlu. - Selamat mencuba.

AYAM GORENG RANGUP SIMPLE



Kalau buat ayam goreng macam ni.. kejap je licin.. nak-nak kalau Adam yang hadap... nasi + kicap + ayam goreng panas-panas.. bertambah-tambah nasik kat pinggan.

kadang-kadang seram tengok dia makan.. pernah tu dia betambah nasi sampai 4 pinggan.. bela saka ke hape budak ni.. Agaknya bila budak lelaki tengah nak meningkat remaja ni.. memang makan macam tu kot,.. tapi nak kena tengok lauk jugak.. kalau lauk biasa2.. offer suh tambah nasi pun dia tak layan... 

Jom layan resepi ayam goreng rangup yang simple. ni jenis kalau yang malas nak buat macam ayam goreng KFC.. boleh la buat macam ni.. 

RESEPI AYAM GORENG RANGUP SIMPLE

Bahan-bahan:
Ayam - potong2 dan bersihkan
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
4 sudu makan tepung gandum
1 biji telur
4 ulas bawang putih - di tumbuk
1 sk lada sulah
1 sudu makan penuh serbuk kari
1 sk serbuk kunyit
1 sudu makan serbuk lada
1sk serbuk perisa
garam dan sedikit gula
1 sk soda bikarbonat
daun kari - jika suka
sedikit air

Cara Membuatnya:
- Bersihkan ayam. Satukan kesemua bahan bersama ayam tadi. jika sedikit kering tambah air sedikit demi sedikit.
- pastikan bergaul sebati.
- rehatkan ayam lebihkurang 30 minit.
- panaskan minyak. Goreng ayam menggunakan api sederhana besar dalam minyak yang panas.
- jangan goreng ayam sekaligus. ayam mesti tenggelam dek minyak menggoreng.
- Dah siap.. angkat dan toskan minyaknya.. lepas tu.. tunggu apa lagi.. ngap la..




Kari Daging Kerisik


Assalamualaikum Wbt..

Balance Kerisik masa masak rendang hari tu banyak lagi.. tak tau bila pulak nak di gunakan.. Bila masak kari ni teringat dengan kerisik. boleh la jadi pengganti santan. Buat pekat-pekat.. lepas selesai makan nasi.. tengah bersantai tengok tv.. Adam bawak pulak kari sepinggang bersama roti kosong.. Dah yang lain pakat ikut makan sekali... :) tapi seronok tengok bila anak2 berselera makan dengan masakan kita.. penat yang berbaloi..



RESEPI KARI DAGING KERISIK

Bahan-bahan:
1/2 kilo daging
3 biji kentang - belah 4 setiap biji
1 batang lobak merah -
2 keping asam gelugor
2 biji tomato
4-5 sudu makan kari daging - bancuh dengan sedikit air. jadikan pes.
2 sudu makan kerisik
air asam jawa
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
air secukupnya
garam dan gula


Bahan Kisar
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
1" halia



Cara Membuatnya:
- Panaskan minyak. masukkan kayu manis dan bunga lawang terlebih dahulu.
- kemudian masukkan bahan kisar. kisar sehingga garing dan naik bau.
- Masukkan daging. Masak sehingga daging bertukar warna. kemudian masukkan kentang.
- Masukkan pula pes kari tadi. kacau sehingga adunan bergaul rata.
- Masukkan air dan asam jawa secukupnya. di ikuti pula dengan asam gelugor.
- Bila dah mendidih masukkan kerisik dan lobak merah. tutup dengan tudung periuk. biarkan mendidih.
- masak sehingga daging empuk. perasakan dengan garam dan sedikit gula.
- Akhir sekali masukkan tomato.
- Biarkan seketika.. dan bila dah masak.. angkat dan boleh di hidangkan..




KAMBING MASAK LADA HITAM BERLEMON


Kat rumah ni setiap hari ada Daging Kambing. Dalam Freezer tu dekat 40kg Lamb Shoulder.. Banyak kan?
Sebenarnya kitaorang beniaga Kambing Bakar. Tu la mata pencarian keluarga kami. nanti kita sembang pasal bisnes ye...

Walaupun dalam freezer banyak daging kambing tapi kitaorang jarang makan kambing.. hihihi.. dah jelak... Jemu.... tak larat.. nak tengok pun dah tak sanggup.. kekadang dakam sebulan sekali je makan.. kadang2 tu 2 bulan sekali... 

kali ni teringin pulak nak masak lada hitam. sedap sangat bila masak macam ni.. anak2 makan bertambah tambah nasi.. biasanya kalau masak kambing ni saya suka makan kat dulang bersama anak2. memang sedar tak sedar saya makan pun bertambah tambah... mana tak gemuk...

ok.. kita layan resepi ye.



RESEPI KAMBING BAKAR BERLEMON
Bahan-bahan:
Daging Kambing - saya guna Lamb shoulder chop
Bawang merah, Putih dan halia
1/2 cwn air
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
3 sudu makan lada hitam - yang di tumbuk kasar
5 sudu makan kicap lemak (nak gelap tambah lagi)
garam dan sedikit gula
1/2 cawan susu + 1 sudu makan tepung jagung
1 biji lemon - hiris halus
2 biji tomato


Cara Membuatnya:
- Tumis bawang dan halia hingga layu. Masukkan daging kambing.
- Masak sehingga daging bertukar warna. kemudian masukkan 1 cawan air.
- Masak lagi sehingga mendidih.
- Masukkan sos cili dan sos tomato. di ikuti dengan lada hitam. kacau.
- Kemudian masukkan kicap dan susu yang telah di bancuh bersama tepung jagung.
- Masak sehingga merenih. Masukkan lemon dan tomato. 
- masak sehingga kuah kelihatan pekat. perasakan dengan garam dan sedikit gula,
- Angkat dan boleh di hidangkan ketika panas.
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...