Pages

Showing posts with label Dessert / Puding. Show all posts
Showing posts with label Dessert / Puding. Show all posts

BREAD AND BUTTER PUDDING







Ni hari tu punya Bread and Butter pudding. Baru nak post resepi.

Bread & Butter Pudding
Resepi Asal: Chef Asma
Di Cuba oleh: Nina Mahdar
Bahan2 (A) 
10 keping roti - saya guna 1 bungkus roti dan lebih..
250g butter - tak pakai habis
250g kismis - saya guna mixfruit
serbuk kulit kayu manis-secukupnya shj
Bahan (B) Filling kastard 
1 liter fresh milk
200g gula castor - saya guna 180g
10 biji telur - nak letak 5 biji pun ok.
1 tsp esen vanilla
Cara membuatnya:
- carik2 roti. masuk dalam bekas.
- sediakan adunan filling. Satukan susu, gula, telur dan esen vanila. kacau rata. kalau nak tapis pun boleh. untuk hilangkan lendir dari putih telur.
- Tuang adunan kedalam bekas roti yang di carik tadi.
- Biarkan seketika sehingga roti menyerap dan menjadi lembut.
- Masukkan sedikit kedalam bekas. ratakan.
- Tabur kismis dan butter di setiap lapisan.buat sehingga penuh.
- Tabur pula badam dan kismis di bahagian permukaan puding.
- letak butter di yang telah di potong kiub di permukaan puding.
- Akhir sekali tabur serbuk kayu manis.
- Bakar suhu 160 C sehingga masak guna cara steambaked.

Vanilla Sauce
Bahan2 (A) 

1 liter fresh milk
180g gula kastor
1/2 tsp esen vanilla
(B) 
40g custard powder
250ml air
Cara2nya: 
1. Panaskan bahan (A) sehingga mendidih
2. Bancuh bahan (B) & campurkan ke dalam bahan (A)
3. Masak sehingga pekat(jika terlalu pekat boleh dicampur air @ fresh milk sedikit)

PUDING SAGU PELANGI




Puding sagu pelangi yang tak berapa nak pelangi.. Kak Nina tak ikut sangat warna pelangi sebab Kak Nina malas nak basuh mangkuk banyak-banyak.. 3 warna ni pun dah nampak menarik kan..

Puding sagu ni lebih sedap bila di makan bersama kuah kastard.. tapi di sebabkan bulan-bulan puasa ni.. tak larat la nak buat macam-macam. makan macam ni pun ok... :)

RESEPI PUDING SAGU PELANGI

Bahan-bahan:
20g Agar-agar tali (1 bungkus)
1200ml air
1 1/2 cawan gula
200ml santan (1 kotak)
1 cawan sagu (rendam bersama 2 cawan air sehingga kembang)
2 cawan air (untuk merebus sagu)
sedikit garam
perwarna merah, hijau dan kuning

Cara Membuatnya:


Rendam sagu dengan 2 cawan air sehingga kembang.

Kemudian masak sagu dengan 2 cawan air lagi sehingga kelihatan jernih. angkat dan tapis sagu. Lalukan di bawah air mengalir untuk membuang kanji sagu agar tidak melekat-lekat.

Bahagi sagu kepada 3 bahagian. dan warnakan mengikut kesukaan.

Masak agar-agar tali dan gula sehingga sagu hancur dan larut.

Tuang santan. kacau sebati. Angkat bila agar-agar kelihatan mendidih.

bahagi pula agar2 kepada 3 bahagian. Masukkan kedalam adunan sagu tadi.

- Akhir sekali. sediakan loyang atau acuan agar-agar. 
- Cedok sesenduk adunan merah.. masukkan dalam peti ais. keraskan seketika.
- Bila lapisan pertama dah keras, lorekkan/kelas permukaan dengan pisau.
- Tuang lagi lapisan ke 2 iaitu warna kuning. 
- Lapisan ke 3 pula warna hijau.
- ulang proses yang sama sehingga adunan habis.
- sejukkan di dalam peti ais.


RESEPI HOMEMADE CENDOL




Assalamualaikum kesayanganku...

Musim-musim panas ni tekak asyik mencari yang sejuk-sejuk je. minggu ni je anak-anak kak nina minta buatkan macam-macam pencuci mulut.. nasib baik la minggu ni mood kak nina rajin je.. dapat la anak merasa macam-macam.. :)

Kali ni kak nina buat homemade cendol. puas hati kan bila buat sendiri.. dapat banyak. nak makan berulang kali pun boleh. ha.. makan la puas-puas..

kak nina bereksperimen dengan 3 jenis cendol. tapi masih tak dapat tekstur seperti yang di jual di kedai. InsyaAllah jika aura rajin masih kekal dalam badan.. kak nina akan cuba lagi sampai dapat.. hehehe

Di antara 3 jenis resepi cendol ini. kak nina memilih resepi nombor 1. cuma hasil cendolnya tidak begitu halus dan cantik. tetapi rasa dan kekenyalan menepati citarasa kak nina.
Resepi no 2 dan 3 pula.. cendolnya kelihatan cantik dan berkilat tetapi agak lembut dan mudah patah.

jadi terpulang pada citarasa uols nak pilih resepi cendol yang macamana..



RESEPI CENDOL 1

Bahan-bahan:
100g tepung jagung
500g air pandan
1 sudu makan air abu

Cara membuatnya:
- satukan kesemua bahan. kacau sebati.
- masak menggunakan api perlahan sehingga adunan pekat dan kental.
- sediakan air sejuk/ais di dalam bekas besar.
- bila cendol dah masak. tekan ke dalam acuan cendol. boleh guna acuan maruku.. boleh guna penapis lubang besar.
- atau masukkan kedalam piping bag. picit perlahan-lahan. picit sewaktu panas kedalam bekas berisi ais. alas tangan dengan kain.




RESEPI CENDOL 2:

Bahan-bahan:

50g tepung jagung
50g tepung beras
450g air pandan
1 sudu makan air kapur

Cara membuatnya:
- satukan kesemua bahan. kacau sebati.
- masak menggunakan api perlahan sehingga adunan pekat dan kental.
- sediakan air sejuk/ais di dalam bekas besar.
- bila cendol dah masak. tekan ke dalam acuan cendol. boleh guna acuan maruku.. boleh guna penapis lubang besar.
- atau masukkan kedalam piping bag. picit perlahan-lahan. picit sewaktu panas kedalam bekas berisi ais. alas tangan dengan kain.


RESEPI CENDOL 3:

Bahan-bahan
100g tepung beras
1 sudu makan air abu
450g air pandan

Cara membuatnya:
- satukan kesemua bahan. kacau sebati.
- masak menggunakan api perlahan sehingga adunan pekat dan kental.
- sediakan air sejuk/ais di dalam bekas besar.
- bila cendol dah masak. tekan ke dalam acuan cendol. boleh guna acuan maruku.. boleh guna penapis lubang besar.
- atau masukkan kedalam piping bag. picit perlahan-lahan. picit sewaktu panas kedalam bekas berisi ais. alas tangan dengan kain.

AGAR-AGAR GULA MELAKA SEDAP




Panas kan cuaca sekarang ni? Biasanya bila dekat-dekat nak bulan puasa memang panas membahang. nak-nak pulak sekarang ni kerap puasa ganti.. kesabaranku di uji..

Hari ni kak nina tak puasa ganti.. tapi sebab cuaca panas.. awal2 pagi lagi kak nina buat agar-agar santan yang sedap ni.. laju je membelai anak tekak.. buat 2 bekas kejap je licin.. lagi- bila makan sejuk2. memang tinggal bekas je la jawabnya.

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA

Bahan-bahan:
1 bungkus agar-agar tali (20g)
1500ml air
1 blok gula melaka - hiris atau ketuk
2 sudu makan penuh gula (yang ni agak-agak. kalau tak manis tambal la gula lagi)
1 kotak santan (200g) **
1 Biji telur **
sedikit garam
daun pandan simpul

Cara Membuatnya:
- Masak agar-agar tali bersama air sehingga larut.
- Kemudian masukkan gula melaka dan gula pasir. masukkan daun pandan simpul. masak sehingga gula melaka larut. (nak tapis boleh tak tapis pun boleh)
- kemudian perlahankan api.
- satukan telur bersama santan dan garam **. kocak menggunakan sudu garfu.
- masukkan adunan santan perlahan-lahan sehingga habis. kacau adunan agar-agar.
- Kuatkan api. biarkan adunan menggelegak sambil terus di kacau perlahan. lebihkurang 1 minit.
- Matikan api. adunan santan akan naik ke permukaan dan kelihatan berbintil.
- basahkan loyang terlebih dahulu sebelum menuang agar-agar ke dalam loyang.
- simpan di dalam peti ais dan keraskan.. sedap di makan sewaktu sejuk.


SAGU GULA MELAKA YANG SEDAP




Dah lama tak updated blog. kak nina hidang uols dengan Sago gula melaka je la...


RESEPI SAGO GULA MELAKA

Bahan Puding Sago:
1 cawan sagu putih
sedikit perwarna merah (kalau dah guna sagu merah dah tak perlu letak perwarna)
1 cawan air - untuk rendam sagu
3 cawan air - untuk masak sagu

Cara Membuatnya:
- Masukkan sagu kedalam mangkuk. tuang 1 cawan air. biarkan sagu mengembang.
- Didihkan 3 cawan air. tuang sedikit perwarna merah. kacau.
- kemudian masukkan sagu. gaul perlahan-lahan sehingga sago mengembang.
- angkat dan sejukkan

Bahan Kuah Gula Melaka
1 blok gula melaka - hancurkan / potong kecil2
1 cawan air
daun pandan di simpul

Cara Membuatnya:
- Satukan kesemua bahan.
- masak sehingga gula larut. angkat dan tapis

Bahan lain:
Sumi Jelly atau nata D'coco

Cara Penyediaan Sago gula melaka:
- Sediakan bekas yang sesuai.
- Tuang secukupnya gula melaka.
- Masukkan sago. letak sumi.
- Dan akhir sekali tuang susu cair.
- sesuai di makan sejuk-sejuk.

Kek Puding Santan Gula Melaka




Kek Puding Santan Gula Melaka nama di beri.. Asalnya nak buat agar2 santan gula melaka.. tapi kebetulan barang2 dah ada depan mata.. buatnya pun tak la susah mana.. maka tercipta la kek puding ni..
.
Rasa kek puding ni sedap sangat. lagi2 bila makan sejuk2. yang ni saya buat untuk jamuan di surau taman sempena majlis ilmu yang di adakan..  Manisnya just nice.. 

Nak buat kek puding ni ada 3 langkah sebenarnya. sebab perlu buat kek.. lepas tu bahagian puding dan akhir sekali agar2 santan.. Tapi jangan risau.. mudah je nak buatnya... Jom kita semak resepi..

RESEPI KEK PUDING SANTAN GULA MELAKA



RESEPI KEK (LANGKAH PERTAMA)
Bahan-bahan:

3 biji telur sejuk
60g gula kaster / pasir halus
1 sudu makan rata Ovalette
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu makan air
70g tepung gandum
3 sudu makan minyak jagung / masak / butter cair
Cara Membuatnya:
- Satukan kesemua bahan KECUALI minyak. putar sehingga gebu, Kental dan berwarna putih.
- Masukkan minyak. gaul rata sehingga sebati.
- Alas loyang 10" x 10" dengan kertas minyak dan sapu permukaan dengan butter/majerin.
- Tuang adunan dan ratakan. bakar pada suhu 170'c selama lebihkurang 15 minit atau sehingga masak.
- Bila dah masak angkat dan sejukkan sekejap.


RESEPI PUDING (LANGKAH KEDUA)
Bahan-bahan:

50g tepung kastard
2 sudu makan serbuk agar2
100g gula
150ml susu cair
500ml air
1 biji kuning telur
Cara Membuatnya:
- Satukan kesemua adunan. masak dengan api perlahan sehingga adunan kental.
- Bila adunan kelihatan meletup.. tutup api. dan tuang perlahan-lahan di atas kek yang telah di bakar tadi.
- Sejukkan. tunggu adunan puding mengeras. (saya simpan dlm peti ais)





RESEPI AGAR2 SANTAN
Bahan-bahan:

5g serbuk agar-agar (balance dari buat puding tadi. habiskan je)
2 cawan air
100g gula melaka
2 sudu makan gula pasir
120ml santan
1 biji telur
sedikit garam
Cara membuantnya:
- Masak gula melaka dgn 2 cwn air sehingga larut. kemudian tapis.
- sediakan periuk, satukan air gula melaka tadi, agar2, dan gula pasir. masak atas dapur sehingga menggelegak. perlahankan api.
- Satukan santan dan telur. kacau sebati. kemudian tuang kedalam adunan agar2 tadi sambil adunan terus di kacau.
- masak sekejap sehingga menggelegak. adunan akan kelihatan berbintil. tutup api.
- sebelum tuang di atas adunan kastad.. lorek2kan adunan kastad menggunakan garfu / pisau terlebih dahulu.
- Tuang adunan agar2 di atas kastad. sejukkan.
- bila agar2 dah mengeras.. keluarkan dari loyang,cara nak keluarkan.. basahkan bahagian tepi (dlm loyang) dengan air. telangkupkan atas board. bukak kertas minyak.
- dah boleh potong. selamat mencuba 








Pengat Pisang Bersagu


Assalamualaikum WBT.. Pengat ni sebenarnya n3 tertunggak 2 hari lepas. Buat pengat ni pun sebab ternampak ada Pisang Abu kat atas meja.. mula la fikir nak buat apa ngan pisang ni.. memula konon nak buat cekodok je.. tapi buka2 peti ais.. nampak santan kotak dan gula merah.. jadi la ada gula merah.. Hmmm.. laju je la memengat malam2.. semua bahan pun memang dah tersedia kat rumah.. panggil Elisya.. suruh kopek kulit pisang.. yang BB tisya lak menyampuk nak makan hijau hijau.. pebenda lak hijau2 ni.. "Ala... mama.. yang hijau kecil2 bulat2.. letak kat bubur tu..." Oooooo.. butir nangka rupanya... baek la...

RESEPI PENGAT PISANG BERSAGU 

Bahan-bahan:
5 biji pisang abu - potong kecil2
2 cawan gula merah
1/2 sk garam
1 kotak santan kara
4 cawan air
1/2 peket biji sagu - rendam hingga kembang
1/2 cawan gula pasir - ikut kemanisan sendiri

Cara Membuatnya:
- Masak gula merah dan gula pasir bersama 4 cwn air sehingga mendidih.
- Masukkan pisang dan biji sagu. masak sehingga sagu kembang.
- masukkan garam dan santan kotak. masak lagi lebihkurang 3 minit dan tutup api.
- Boleh masukkan butir nangka. (saya masak berasingan)
- Angkat dan hidangkan


TEPUNG BUTIR NANGKA

Bahan-bahan:
1 cawan Tepung pulut
1 Sb tepung gandum
1/2 cawan air

Cara:
-Satukan kesemua bahan. dan uli sehingga menjadi doh.
- Ambil secubit adunan dan buat bulat2 kecil seperti butir nangka.
- Masak dlm air mendidih. adunan kuih akan terapung di permukaan jika dah masak.
- Angkat guna senduk berlubang dan masukkan ke dalam pengat pisang tadi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...