Pages

Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

SAMYANG HOT CHICKEN FLAVOR RAMEN


Nak tau tak.. dah lama sebenarnya nak try Ramen dari Korea ni.. Tapi was was nak makan sebab masa tu tengah Viral yang Ramen ni tak halal..

Tapi sebenarnya Ramen ni halal je. dan di sahkan oleh JAKIM Malaysia.

VIRAL MEE SEGERA RAMYEON - SAMYANG:- BHG III
Viral mengenai status halal produk ini kembali menerjah akaun FB Bahagian Hab Halal.
Untuk makluman pengguna, buat masa ini Korean Muslim Federation (KMF) adalah merupakan satu-satunya badan pensijilan halal Korea yang diiktiraf oleh Jakim.
Berdasarkan siasatan yang telah dilakukan oleh mereka beberapa bulan yang lalu, didapati bahawa produk mee segera ramyeon tidak mengandungi bahan yang meragukan dan merupakan pemegang sijil halal (KMF) yang sah sehingga kini.
KMF mendakwa bahawa, syarikat pengeluar patuh dan komited terhadap piawaian prosedur yang telah ditetapkan, malah pemantauan secara berkala turut dilaksanakan terhadap semua industri di Korea yang diberikan sijil halal oleh KMF
Kenyataan ini diperkukuhkan lagi / turut disokong dengan hasil laporan analisis Jabatan Kimia Malaysia di mana TIADA DNA BABI dikesan pada produk tersebut.
Sehubungan itu pengguna adalah dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat palsu berkenaan. Sila semak senarai badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf di laman sesawang www.halal.gov.my atau melalui aplikasi telefon pintar MyJakim
Unit Hal Ehwal Korporat
Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
📧pr_halal.islam@1govuc.gov.my
 03-8892 5000/1

Ni status terbaru dari Jakim. 13/6/2016. Kebetulan masa beli barang baking ternampak Ramen ni.. Harga boleh tahan juga. sebungkus dah RM6.90. yang guna cup RM7.90. kalau nak beli 1 pek 5 bungkus tak silap harga RM24.90.  Tapi teringin nak rasa amik juga la sebungkus. rasa je kan.. :)


jeng..jeng..jeng.. Anak2 sibuk komplen kata "sikitnya... kenapa tak beli 2 peket?... Amboiiii.... kata nak rasa je kan... Memula saya rasa dulu.. masuk je dalam mulut.. Ya Allah pedasnya... serius pedas... bagi pulak kat anak yang sulung... gaduh2 dengan adiknya tamak nak bolot semua... sekali rasa.. bangun cari air.. hehehe.. telompat lompat cari air.. maka bergilir la kitaorang anak beranak minum air..

tapi kan.. Pedas2 Ramen ni.. ko masih rasa nak makan tau..rasa mesti nak habiskan.. sebab sedappp... pedas dia tak leh nak ckp.. bibir rasa kebas je.. budget bibir angelina jolie.. :) memang salute la sapa boleh makan ramen ni tanpa rasa pedas..



Ni isi kat dalam. yang peket merah tu chili pes. yang hitam putih tu seweed dan bijan .

Memula panaskan air hingga mendidih. Masukkan mee. masak lebihkurang 5 minit.


Toskan / buang air rebusan. masukkan dlm mangkuk.


Gunting peket kecil tadi. masukkan ke dalam Ramen.


Gaul sehingga sebati.


Siap dah.. ada kawan makan dengan kimchi.. sedap katanya... ni malas nak goreng telur.. makan kosong macam ni je...





Mee Goreng Sotong



Buat Mee Goreng untuk sarapan pagi. Buka2 peti ais.. alamak isi ayam tak de.. fishball pun dah habis. tinggal ikan dan sotong je. jadi la buat rencah. nanti nak makan asingkan je sotong tu sebab adam dan bb tisya tak boleh makan sotong. Musim2 cuti sekolah ni anak2 selalu bangun awal pagi lak.. Rutin diorang bangun pagi.. kalau sorang dah bangun pakat2 kejutkan yang lain.. Turun bawah.. bukak astro.. tengok cerita kartun... dengan tak buat apa2.. terus duduk depan TV.. kadang2 tu siap sambung tido depan tv. kadang2 tu tv bukak.. tapi main tab. rasa mcm nak membebel je tengok perangai masing.. tapi tak best pulak nak bebelkan budak pagi2. bagi la peluang cuti sekolah ni..kalau musim sekolah pegang tab pun tak boleh.. apa lagi nak tengok tv. kesian pula kan..

Ni pun buatkan mee goreng ni.. masing2 makan depan TV.. jadi bertabah la sebagai ibu.. ^____^

RESEPI MEE GORENG SOTONG

Bahan-bahan:

1 peket mee kuning - basuh dan toskan
3 ekor sotong - potong halus
3 ulas bawag putih - ketuk cincang halus
1 biji bawang merah - hiris halus
sos tomato
sos cili 
kicap pekat
sedikit sos tiram
garam secukup rasa
sayur kobis - hiris halus

Cara Membuatnya:

- Panaskan minyak dalam kuali. tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu.
- Masukkan sotong. biarkan seketika. jika kering tambah sedikit air.
- masukkan mee kuning, kacau seketika. kemudian masukkan  semua jenis sos. 
- Akhir sekali masukkan sayur kobis. perasakan dengan garam.
- Angkat dan boleh di hidangkan bersama limau kasturi.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...