Pages

Showing posts with label Muffin. Show all posts
Showing posts with label Muffin. Show all posts

DOUBLE CHOCOLATE MUFFIN




 





RESEPI DOUBLE CHOCOLATE MUFFIN Bahan A 2 biji Telur - gred A 1 cawan Gula pasir Halus 1 camt Esen Vanila 3/4 cawan Susu Segar / UHT Bahan B (di ayak) 2 cawan Tep. Gandum / Serbaguna 1/2 camt Baking powder 1/2 camt soda Bikarbonat 1/2 camt Garam Bahan C 1 cawan Coklat Chips 1/2 cawan Coklat Rice

Cara Membuatnya
- Masukkan Telur, Gula dan esen Vanila ke dalam mangkuk adunan.
- Kacau menggunakan whisk atau senduk kayu sehingga sebati.
- Kemudian masukkan susu segar. gaul sebati.
- Masukkan BAHAN B kedalam adunan tadi. kacau rata.
- Akhir sekali masukkan Bahan C. Gaul sebati.
- Tuang 3/4 penuh adunan ke dalam acuan muffin.
- Bakar suhu 180'c selama 25-30 minit (mengikut tahap kepanasan oven masing2) menggunakan api atas bawah.


KITKAT CHOCOLATE MUFFIN






KITKAT CHOCOLATE MUFFIN

Bahan-bahan:
4-5 keping coklat kitkat
2 biji telur
1 cawan gula
1 cawan minyak
1 cawan susu segar
3/4 cawan serbuk koko
2 cawan tepung
1 camt baking powder
1/2 camt soda bikarbonat
CARA MEMBUATNYA:
- Cincang kitkat terlebih dahulu.
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk adunan.
- masukkan gula dan minyak. kacau menggunakan whisk sehingga adunan menjadi sebati,
- Kemudian masukkan susu. kacau rata.
- Masukkan bahan kering tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
- kacau sebati.
- Akhir sekali masukkan kitkat yang di cincang tadi.
- tuang kedalam acuan muffin. tabur coklat chips di atasnya.
- bakar pada suhu 180'c selama 25-30 minit.

MUFFIN COKLAT MUDAH TANPA MIXER






Resepi Muffin Coklat

Bahan-bahan:
2 biji telur gred A
1 cawan minyak / butter cair
1/2 cawan susu uht
1 camt esen vanila
1 cawan gula pasir halus
2 cawan tepung - di ayak
1/2 cawan serbuk koko
1 camt soda bikarbonat
1/2 camt garam

bahan lain:
1 cawan coklat chips
almond nibs

Cara membuatnya:
- Panaskan oven terlebih dahulu. suhu 180'c
- Di dalam 1 bekas satukan telur, susu, minyak, gula dan esen vanila. pukul menggunakan whisk sehingga sebati.
- Kemudian masukkan bahan kering iaitu Tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan garam.
- kacau menggunakan senduk kayu atau whisk.
- Jangan terlebih gaul. adunan akan kelihatan sedikit lumpy atau likat.
- masukkan coklat chips.
- Tuang penuh dalam acuan muffin. tabur almond nibs di atasnya.
- Bakar lebihkurang 20-25 minit pada suhu 180'c atau mengikut kepanasan oven masing2.

MUFFIN PISANG





Assalamualaikum.. muffin pisang lagi  untuk minum petang kami sekeluarga. anak2 memang gemarkan muffin pisang. Memang sedap dengan aroma pisang di tambah pula dengan kepingan badam dan taburan coklat chips. sangat membangkitkan selera.

Penggemar pisang wajib cuba resepi ini.

RESEPI MUFFIN PISANG
BY: NINA MAHDAR

BAHAN-BAHAN
5 biji pisang montel - terpulang nak guna pisang apa
2 biji telur - gred A
1 cawan gula perang
1 cawan minyak jagung
3 cawan tepung gandum
1 camt garam
1 camt baking soda

untuk taburan:
coklat chips
badam

Cara membuatnya:
- Lenyek pisang terlebih dahulu di dalam mangkuk.
- Masukkan telur. kacau menggunakan whisk atau senduk kayu.
- Kemudian masukkan gula perang. kacau rata.
- Masukkan pula minyak jagung dan kacau sebati.
- Masukkan tepung gandum yang telah di ayak. masukkan juga baking soda dan garam.
- Gaul rata. sediakan muffin cup.
- Tuang adunan muffin ke dalam cup 3/4 penuh. tabur dengan coklat chips dan kepingan badam.
- Bakar pada suhu 180'c selama lebihkurang 25 minit atau sehingga masak.


BANANA CHOCOLATE MUFFINS




Malam tadi buat Banana Chocolate Muffin untuk bekal anak nak bawak pi sekolah..
stok pisang dari sabah pun banyak, pemberian dari Marhuni Aris. selagi tak habis pisang tu.. nampaknya.. hari2 menu berasaskan pisang..
Buat muffin ni yang bestnya tak perlu guna mixer. Guna whisk je.. kalau whisk tak ada.. boleh guna garfu atau senduk kayu. kalau semua tak ada.. dah.. pi beli je kat luar...

RESEPI BANANA CHOCOLATE MUFFIN
by: Nina Mahdar

BAHAN-BAHAN:
4 biji pisang - size besar (di lenyek sehingga hancur)
(terpulang nak guna pisang apa.. saya guna pisang abu)
2 biji Telur Gred A
1 cawan gula
1/2 cawan Minyak Jagung
1/2 cawan Susu Uht/cair
1 tsp esen Vanila
2 cawan Tepung Gandum
1 cawan Serbuk Koko
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
1/3 tsp garam
Cara Membuatnya:
- Satukan telur, gula, minyak, susu dan esen vanila di dalam mangkuk adunan.
- Kacau menggunakan whisk sehingga adunan sebati.
- Kemudian masukkan pisang lenyek. kacau rata.
- Akhir sekali masukkan bahan kering. (tepung, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam)
- kacau rata.
- Masukkan 3/4 penuh adunan ke dalam acuan kertas.
- Tabur dengan coklat chips atau almond jika suka.
- Bakar pada suhu 180'c selama lebihkurang 25 minit atau sehingga masak.

MUFFIN COKLAT



Assalamualaikum wbt..
Semalam sempat buat muffin coklat untuk minum petang.
Resepi yang simple dengan cara yang mudah. Tak perlu guna mixer hanya menggunakan whisk atau senduk kayu.
Sebenarnya dah pernah share resepi yang sama. Tapi dah lama dah. Jadi saya share lagi sekali ye.

Resepi Muffin Coklat
Bahan-bahan:
2 cawan tepung
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir halus
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sk garam
2 biji telur gred A
1 cawan minyak
3/4 cawan susu uht
1 sk esen vanila
Walnut - di cincang
chocolate chips
Cara membuatnya:
- Panaskan oven terlebih dahulu. suhu 200'c
- Di dalam 1 bekas satukan tepung gandum, serbuk koko, gula, baking powder, soda bikarbonat dan garam.
- kacau sebati dan ketepikan.
- Dalam bekas lain pula, satukan telur, susu, minyak dan esen vanila. pukul menggunakan whisk sehingga sebati.
- Kemudian masukkan adunan telur ke dalam bahan kering (tepung).
- kacau menggunakan senduk kayu atau whisk.
- Jangan terlebih gaul. adunan akan kelihatan sedikit lumpy atau likat.
- masukkan walnut cincang.
- Tuang penuh dalam acuan muffin. tabur coklat chipa di atasnya.
- Turunkan suhu oven ke 180'c. Bakar lebihkurang 20-25 minit mengikut kepanasan oven masing2.
- keluarkan dari acuan bila dah sejuk.

BANANA CRUMBLE MUFFINS SEDAP



Hari ni kita bermuffin pulak. Alang-alang ada pisang sikit kat rumah ni.. malas nak buat cekodok.. kak nina jadikan muffin. sedap.. tak manis sangat.. memang sesuai la di jadikan juadah minum petang.

Resepi muffin kak nina dah edit kat bawah ye. selamat mencuba.







Orange Poppyseed Muffin





Sebenarnya saya dah lupa bila masa saya beli poppyseed ni.. tengah2 kemas barang dalam almari.. terjumpa peket poppyseed.. tak tau nak buat apa..  sambung mengemas sambil2 tu fikir nak buat apa hari ni.. Last2.. ternampak papercup.. Muffin la jawabnya.. ^___^

RESEPI ORANGE POPPYSEED MUFFIN
Sumber Resepi: Mat Gebu

Bahan-bahan:
125 gram mentega
125 gram gula perang @ soft brown sugar
1 camca teh ovallate (boleh ganti dengan mayonnaise)
1 biji orange, parut kulit dan perah jusnya
2 biji telur gred A (pastikan bukan telur tiruan yea)
150 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
10 gram susu tepung*
1/4 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
15 gram poppy seed @ biji kas-kas
25 gram serbuk badam

CARA MEMBUATNYA :
  1. Satukan bahan2 yang diayak bersama biji kas2 dan serbuk badam. Gaul rata dan ketepikan. Panas oven pada suhu 180C, sediakan muffin pan dan alas dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras.
  2. Putar mentega, gula perang dan ovallate (@mayonnaise) hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. Pada kelajuan perlahan, masukkan bahan no. 1 berselang seli dengan jus limau. Putar rata.
  3. Isi 3/4 penuh dan bakar 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan muffin atas jaringan sebelum dihidangkan...

Vanila Blueberry Muffin



Hari tu jalan2 kat metropoint kajang nak beli barang kat Mr. Diy.. lalu lak kat tepi Kenny Rogers.. ternampak muffin kat display rack diorang tu.. Tengok2 macam tu je la.. memang tak teringin langsung nak beli ke hape... Tapi bila balik rumah... sambil tengok2 tv..teringat ingat pula pada muffin kenny rogers tu.. Nak keluar balik semata mata nak membeli muffin.. memang tidak la kan... Jadi pujuk2 elisya suh buatkan muffin. benda paling senang. kebetulan blueberry filling memang ada je kat dlm peti ais.. maka.. Terjadi la Vanilla Blueberry Muffin ni..

RESEPI VANILLA BLUEBERRY MUFFIN

Bahan-bahan:
4 biji Telur
200g Gula kaster
100g Susu segar uht
1 sdb esen vanila
1 sdk baking powder
1 sdk soda bikarbonat
1/2 sdk garam
400g Tepung Gandum
150g Butter - di cairkan
Blueberry Filling secukupnya

Cara Membuatnya:

- Satukan bahan basah Telur, Susu dan esen vanila terlebih dahulu. kacau menggunakan whisk sehingga adunan telur kelihatan berbuih.
- Masukkan bahan-bahan kering yang lain kecuali Butter cair dan blueberry filling. 
- Kacau menggunakan whisk.. jangan terlebih gaul kerana ini akan mengakibatkan muffin tidak naik dan merekah. 
- Abaikan / biarkan jika ternampak adunan tepung masih berketul. kemudian tuang butter cair ke dalam adunan. kacau rata.
- Sediakan Loyang Muffin. letak papercup. Tuang 3/4 penuh adunan ke dalam acuan,
- Paipkan blueberry filling ke adalam adunan.
- Bakar menggunakan suhu tinggi 190'c - 200'c lebihkurang 20 - 25 minit atau sehingga masak.
- Sedap di hidang bersama teh panas. ^__^ 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...