Pages

Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

BOK CHOY SOS TIRAM





Sayur Bok Choy ni antara sayur kegemaran kami sekeluarga. Selalunya memang masak style macam ni, kadang2 tu tumis dengan kobis atau taugeh. Buat macam sayur campur. kalau terlebih rajin saya akan gantikan bawang putih goreng tu ke udang kering goreng. Buat ala-ala mcm kat chicken rice shop tu.. sedap...

Bahan-bahan:
Sayur Bok Choy - di buang hujung dan bersihkan 4 ulas bawang putih - di cincang halus 2 batang lada merah - buang biji dan di hiris halus 4 sudu makan sos tiram sedikit air untuk kuah 1/2 sudu makan tepung jagung di bancuh bersama sedikit air. sedikit pati ayam

Cara membuatnya:
- Rebus bok choy lebihkurang 1 minit. angkat dan toskan airnya.
- Goreng bawang putih cincang sehingga keperangan. angkat dan ketepikan.
- Tumis lada merah sehingga layu. kemudian masukkan sos tiram.
- Masukkan sedikit air untuk kuah.
- Tuang pula air tepung jagung. biarkan mendidih sehingga kuah kelihatan pekat.
- Perasakan dengan sedikit serbuk pati ayam.
- Tuang kuah pada sayur boh choy.
- Kemudian taburkan bawang putih goreng di atasnya

RENDANG AYAM DAN SAYUR LODEH SIMPLE




Rezeki dapat Ketupat dari kawan incik suami. Terus K. Nina merendang. Dah macam hari raya. Anak-anak buka tudung saji.. Ayat pertama keluar dari mulut diorang... Wowwwwwwww.. hehehe
Dalam setahun boleh di bilang berapa kali buat menu macam ni.. tu yang bila makan seleranya lain macam.. Penangan ketupat...

Resepi K.Nina copy dari sajian dapur bonda

Rendang Tok Versi Ayam
Inspirasi: Kak Noor @ Sajian Dapur Bonda

Bahan-bahan A:
Seekor ayam segar (anggaran 2 kg) – dipotong 12
2 cawan santan + 1 cawan air = 3 cawan santan 
(kalau guna santan kelapa, gunakan tiga cawan pati santan)
6 sudu besar kerisik
5 keping asam gelugor
4 keping daun kunyit – dihiris halus
5 – 6 helai daun limau purut
1 batang serai – dititik
3 sudu besar gula perang
1 sudu besar gula putih
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis
Minyak secukupnya untuk menggoreng ayam

Bahan-bahan B (dikisar basah):
8 sudu besar cili kering kisar
4 biji bawang besar – dipotong kecil terlebih dahulu
4 ulas bawang putih
6 batang serai – dipotong serong
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
Air secukupnya

Bahan-bahan C (rempah):
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu keci serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar serbuk garam masala
1 sudu kecil serbuk rempah masak hitam – Kak Noor guna jenama Az-Zain
Air secukupnya

Persediaan Sebelum Memasak:
1. Ayam dipotong 12 dan dibuang semua kulit. Kemudian lumurkan ayam dengan 3 sudu besar tepung gandum dan 2 sudu cuka. Biarkan 2 minit. Kemudian basuh bersih dan toskan (Kaedah ini selalu digunakan oleh Kak Noor untuk menghilangkan bau hanyir ayam dan isinya kembali pejal setelah dibasuh – petua daripada bonda).

2. Perap ayam bersama 3 sudu besar rempah daging dan 1 sudu besar serbuk kunyit selama lebih kurang 20 minit.

3. Panaskan minyak dan goreng ayam ½ masak. Angkat dan toskan.

4. Masukkan kesemua Bahan B di dalam blender basah dan kisar sehingga semua bahan lumat. 

5. Satukan kesemua Bahan C dan bancuh dengan sedikit air sehingga menjadi pes.


Cara-cara Memasak:
1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis serai sehingga layu sedikit.

2. Kemudian masukkan bahan kisar B, kacau rata. Diikuti dengan bahan C (pes rempah). Kacau dan masak sehingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.

3. Selepas itu tuang santan dan kacau. Masak sehingga mendidih.

4. Kemudian masukkan ayam, diikuti dengan asam keping, daun limau purut, kerisik, gula perang, gula putih, dan garam. Kacau rata sehinga semuanya rasa sebati.

5. Bila ayam telah masak dan kuah agak pekat, masukkan hirisan daun kunyit ke dalam rendang. Kacau sehingga sebati dan biarkan mereneh 1 minit di atas dapur sebelum tutup api.



Bahan-bahan:
10 btng kacang panjang - dipotong pendek/serong
1 btng carrot - di potong 1" tapi tipis
1/4 biji kobis - di hiris
2 keping tahu kering- di rendam dan potong kecil
1 ikat kecil soo hoon- di rendam dan potong kecil
2 keping tempe*
2 keping tahu*(* di goreng, dah sejuk di potong kecil)

2 btng cili merah- di potong serong
2 btng serai- di titik
1 kotak santan - bancuh dengan 4 cawan air
garam dan sedikit gula
1/2 cwn minyak utk menumis

Bahan Kisar
2 biji bawang merah sederhana besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering

Cara Membuatnya:
- Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar. Masukkan serai yg di titik.
- Tumis hingga terbit minyak. Masukkan air. biarkan mendidih.
- Masukkan carrot, kcng panjang.Gaul sebati.
- Masukkan soo hoon, tahu kering, tempe, tahu dan kobis.
- Masukkan cili merah yg di potong serong tadi dan masukkan santan pekat.
- Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Biarkan mendidih.
- Bila dah cukup rasa, matikan api dan bolehlah di hidangkan.

TERUNG GORENG BERLADA SEDAP


Hidangan paling senang dan paling sedap pada saya.. kalau terung dah masak mcm ni.. cukup terung dan ikan masin gelama... picit cili padi 3 bijik.. memang tak toleh kiri kanan dah.. silap-silap bertambah nasi kat pinggan..


Bila masak Terung goreng berlada ni.. biasanya saya tak letak cili padi.. sebab anak-anak tak tahan pedas.. terpaksa la saya berkorban rasa.. nak pedas... picit cili padi tepi pinggan... gitu la kalau ada anak.... 

jom layan resepi simple

RESEPI TERUNG GORENG BERLADA

Bahan-bahan:
Terung - saya guna 2 biji terung - belah 2 potong 3
4 tangkai cili merah
cili padi - ikut citarasa
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 genggam ikan bilis - yang telah di goreng
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukupnya

Cara membuatnya:
- Goreng terung sehingga lembut terlebih dahulu. saya suka bila ada kesan hangus sedikit pada terung.
- sediakan bahan-bahan untuk di tumbuk. bawang putih, merah dan lada sehingga hancur.
- kemudian tumbuk sedikit ikan bilis. jangan tumbuk sehingga hancur. cukup hancur sedikit.
- Panaskan minyak. tumis bahan yang di tumbuk tadi. masak sehingga naik bau. kemudian masukkan air asam jawa.
- Tumis sehingga garing dan pecah minyak. minyak akan naik ke permukaan. perasakan dengan garam dan sedikit gula.

- Akhir sekali masukkan terung yang telah di goreng tadi. dan gaul sebati. angkat dan sedia untuk di hidangkan.








SINGGANG IKAN PUTIH DAN SAYUR CAMPUR





Assalamualaikum Wbt..

Hari ni saya cuti masak sebab tetiba Elisya mengofferkan diri nak masak.. Dah lama tak masak katanya...

Tanya dia nak masak apa?.. tapi dah boleh agak dia nak masak apa... kalau tak tomyam.. mesti singgang ikan.... sebab 2 tu je dia terror masak.. :)
Dan pilihannya adalah singgang Ikan... 

Kebetulan hari tu abg saya dari Sabah datang bawak macam2 ikan.. saya tak kenal nama ikan sebenarnya.. :(.. banyak pula tu.. jadi sepanjang minggu memang menu ikan je... Ikan ni sedap tau.. bentuk macam bawal putih.. tapi lebih berisi dan besar... saya panggil ikan putih je..

Biasanya saya sediakan bahan2.. sayur dah siap potong.. baru elisya masak.. tapi saya akan perhatikan dari tepi. masih tak berani sebenarnya nak bagi dia pegang benda2 panas macam ni.. tapi dari kecik ni la dah nak kena ajar.. esok2 senang nak tolong saya masak..

RESEPI SINGGANG IKAN PUTIH 

Bahan-bahan:
Ikan -bersihkan dan lumur dengan asam jawa
3 ulas bawang putih - tumbuk
1 biji bawang merah - tumbuk
beberapa tangkai cili padi - tumbuk
1 sudu kecil serbuk kunyit
2pcs asam keping
beberapa helai daun limau purut
tomato - belah 4
1 batang serai - di titik

Cara membuatnya:
- Panaskan minyak dalam periuk. tumis bahan tumbuk. tumis hingga naik bau.
- Masukkan air. kemudian masukkan asam keping, serbuk kunyit, serai dan daun limau purut.
- Masak sehingga mendidih.
- Masukkan ikan. Perasakan dengan garam. tutup periuk dan biarkan mendidih seketika sehingga ikan masak.
- masukkan Tomato. masak sekejap. tutup api dan sedia untuk di hidangkan. :)



Taugeh Brokoli Tumis Sotong



Masakan simple menu tengahari. saya suka sangat makan sayur tumis macam ni.. nasib tak de kacang buncis.. kalau ada semua saya masukkan dalam tu.. Anak2 kalau hidang sayur hijau2 macam ni.. Hmmmm memang tak de nye la diorang nak sentuh... pandang pun tak... 

RESEPI SAYUR TAUGEH BROKOLI TUMIS SOTONG

Bahan-bahan:
SegenggamTaugeh
Brokoli - potong kecil2
Lobak Merah - Hiris Halus
3 ekor sotong - potong2
1" halia - hiris halus
1 biji bawang merah - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
3 batang cili padi - hiris halus
1 sudu makan sos tiram
garam secukupnya

Cara Membuatnya:

- Panaskan minyak dlm kuali. Tumis bawang, halia, lada dan bawang putih hingga lembut.
- Masukkan sotong dan lobak merah. masak hingga lobak lembut.
- kemudian masukkan brokoli. masukkan sos tiram. kacau rata.
- Akhir sekali masukkan taugeh dan perasakan dengan sedikit garam.
- Angkat dan hidangkan.


Sayur Bayam Merah Tumis Air



Menu sempoi je. Masak sayur bayam merah bening campur dengan udang. Resepi tak payah la ek..  ^__^





Terung Berlado



Memang antara masakan sayur kegemaran saya. Terung berlado macam ni.. makan dengan nasi panas.. sedapnya.. Anak2 kalau saya masak terung macam ni.. masing2 muncung.. tak suka.. ^___^ susah kalau dah pandai memilih makanan. Lagipun anak2 memang tak makan pedas.. jadi kalau mamanya masak sayur2 berlada macam ni... mamanya sorang je makan..

Terung Berlado ni ala2 terung masak sambal. kadang2 bila tak masak macam ni.. saya masak sambal je terung ni.. Dua2 pun sedap... kan.....

RESEPI TERUNG BERLADO

Bahan-bahan:

2 batang terung - potong 3 bahagian dan belah 4
2 bii bawang merah **
2 ulas bawang putih **
segenggam udang kering **
5 tangkai cili padi hijau - nak pedas boleh lebihkan **
5 tangkai lada merah - buang biji **
garam dan gula
seikit air asam jawa

Cara Membuatnya:

- Goreng terung terlebih dahulu sehingga lembut.
- Kisar kasar bahan2 bertanda **. kalau rajin tumbuk. tapi saya tak rajin..
- Panaskan minyak. Tumis bahan kisar tadi sehingga agak garing.
- masukkan air asam jawa. perasan dengan garam dan gula.
- Akhir sekali kecilkan api. masukkan terung ke dalam kuali. gaul rata.
- Angkat dan boleh di hidangkan bersama nasi panas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...