Pages

RESEPI KEK TIRAMISU SIMPLE


N3 pertama 2018. Azam tahun ni semoga k.Nina lebih rajin untuk updated blog. :)

Kek Tiramisu simple versi k.Nina. Kek kegemaran anak-anak k.Nina. Dalam sebulan kadang2 dekat 3-4 kali kena repeat buat kek ni.

tapi memang sedap tau.. cuba la.. resepi kak nina kongsikan di bawah ye.

RESEPI KEK TIRAMISU
RESEPI KEK MOCHA:
4 biji telur gred A
120g Gula kaster
150g Tepung Gandum
50g Susu cair/Uht
1 camb Ovalette
1 camb Esen mocha
50g Minyak Jagung
Cara Membuatnya:
- Satukan kesemua bahan kecuali MINYAK JAGUNG.
- Putar sehingga kembang, gebu dan pekat.
- kemudian masukkan perlahan-lahan minyak jagung dan putar sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang berukuran 9" x 9".
- Bakar pada suhu 170'c selama lebihkurang 35 minit atau sehingga masak.
- Keluarkan dari loyang dan sejukkan di atas redai.

RESEPI MOUSSE
Bahan-bahan:
50g Gula kaster
250g mascarpone cheese. (kalau tak ada boleh tukar cream cheese)
250g Whipping cream
Cara membuatnya:
- putar mascarpone cheese dan gula sehingga lembut.
- masukkan whipping cream dan putar lagi sehingga adunan kelihatan kental.

BAHAN LAIN:

Serbuk Koko - untuk taburan
Instant Coffee - bancuh dan jadikan setengah cawan.

CARA PENYEDIAAN KEK TIRAMISU:
- Potong kek 3 bahagian. ketepikan. Bancuh nescafe bersama air panas.
- sediakan 1 bahagian kek. tuang instant coffee di permukaan kek. sapu keseluruhan dengan cream.
- Taburkan serbuk koko menggunakan penapis teh. ulang langkah tadi sehingga kek terakhir.
- sapu keseluruhan kek dengan cream. akhir sekali tabur serbuk koko. boleh di hias dengan menggunakan coklat ganache.
- sedap di makan sewaktu sejuk.



5 comments:

  1. Assalam sis.. whipping cream tu yg non-dairy atau dairy cream?

    ReplyDelete
  2. Slm sis, susu cair tu susu dlm tin ke susu dutch lady? Ke dua² boleh guna?

    ReplyDelete
  3. Salam sis, perlu letak bakingpowder dan soda bikarbonat tak?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...