SAMBAL TELUR
Kat rumah ni tak boleh kalau tak masak telur. Tak kisah la telur masak apa pun.. janji mesti ada telur..
.
.
Hari ni kita buat sambal telur.
Bahan-bahan:
1 biji bawang holand
3 ulas bawang putih
4 sudu besar cili kering kisar
Garam
Gula
Air asam jawa
Telur - rebus, kupas & goreng
Cara membuatnya:
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga baik bau.
Masukkan cili kisar dan goreng dengan api perlahan sehingga pecah minyak. Masukkan gula.
Masukkan garam, air asam jawa. Masak sehingga sambal garing. Masukkan telur dan kacau sebati. Siap untuk di hidangkan.
#sambaltelur #foodblogger #ninamasak#masakcarasaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment