Pages

RESEPI KEK BUAH




Assalamualaikum.. aishhh.... kek dah tinggal serdak baru nak share resepi.. maaf la uolss.. kak busy..
Nak kasi tau untuk adik2 yang tak tau.. Kek buah ni versi versi kek butter.. tak sesuai di kukus ye.. sebab ramai yang pm tanya boleh kukus tak? Yang kukus2 tu versi lagi 1. Yang ni kita panggil light fruit cake... gitue... kek ni bertekstur ringan. Tapi jangan overbaked sebab nanti kek jadi kering.

Resepi Light Fruit Cake 
By: Nina Mahdar
bahan-bahan:
250g mentega
150g gula kaster
4 biji telur gred A
250 tepung serbaguna
50g susu cair / uht
1 sudu kecil.ovalette
1 sudu kecil baking powder
350g buahan campuran
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis 

Cara membuat:
Pukul mentega, ovalette dan gula sehingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati.
Kemudian masukkan esen vanilla. Pukul hingga sebati.
Sementara itu satukan tepung dengan serbuk penaik.
Ambil 2 sudu besar tepung yg diayak tadi dan gaulkan dengan buahan campuran untuk mengelakkan buah dari mendap ke dasar kek.
Masukkan tepung dan susu tepung sedikit demi sedikit berselang seli air dan putar rata.
Kemudian masukkan buahan kering, gaul rata.
Masukkan adunan ke dlm loyang bersaiz 7 inci.
Bakar dalam ketuhar selama 35-45 minit atau sehingga masak.
Jangan terlebih bakar nanti kek akan menjadi kering.
Selepas 35 minit, cucuk dengan lidi sate jika keluar licin maksudnya kek dah masak bolehlah diangkat dan sejukkan atas redai.
Bungkus terlebih dahulu menggunakan plastik wrapping lebihkurang semalaman untuk dapatkan kek yang lembab dan buah tidak berterabur bila di potong.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...