Pages

APAM MEKAR



Suka sangat bila buat apam naik mekar macam ni.. dah la mekar.. sedap, lembut dan gebu pula tu.. Anak paling suka makan apam mekar macam ni.. Dulu masa mula2 cuba buat menggunakan resepi ni.. tak pernah jadi.. dah ikut betul2 resepi tapi asyik kuncup je.. 3 4 kali juga membuatnya.. lama2 dah tau kat mana silapnya.. ^__^  Nak buat apam mekar ni adunan kena betul2 kental dan pekat.. api pun memainkan peranan juga.. kalau tak kekadang apamnya jadi apam senyum.. tak mekar..


RESEPI APAM MEKAR HANIELIZA
Sumber: Chef Hanieliza

Bahan-bahan:
250 gm gula
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 s.k ovallate

pewarna merah dan hijau (terpulang nak guna warna apa)
acuan kertas

Cara membuatnya:1. Panaskan kukusan
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagiakan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
7. Masukkan adunan dalam pelastik piping bag setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalm acuan apam dan kukus selama 15 minit.
10. Bila telah masak angkat dan hidangkan.

NOTA:jika tak mahu warna -warni..just masukkan coklat cair sebahagian adunan dan sebahagian lagi biarkan plain [warna asal]..
dan masukkan dua-dua dalam paper-cup dan kukus saperti biasa dengan api besar..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...