Roti coklat dengan coklat filling di dalamnya.
Meroti pula buat minum petang. Aktiviti meroti ni biasanya saya buat bersama anak2. Kakak Elisya memang dah master bab baca resepi dan sukat / timbang adunan. Biasanya dia sediakan semua bahan2 dan bab tuang dalam mixer sehingga jadi doh pun dia juga yang buat. Saya hanya bagi arahan sambil tu pantau keadaan adunan macamana.
dah Jadi doh tugas menimbang bisanya Elisya dan BB Tisya yang buat.. sambil2 tu terdengar juga elisya bebel2 kat adik dia.. salah timbang la.. salah potong la...
Bab Rounding roti.. ha yang ni mencabar sikit... tu sebab bila dah siap bakar roti tak halus.. sebab yang ni budak bertiga tu punya kerja.. tak pe la... diorang juga yang makan.. ^__^ kekadang lebih banyak bergaduh dari membuat.. yang si abang tak nak mengalah.. dia punya paling elok katanya.. yang BB Tisya pula.. bila selalu di marah.. dia dah malas buat.. dia tinggalkan je adunan roti tu.. sambung tengok tv.. Bila saya tanya kenapa? Dia kata "Elisya tu..... marah je,,,,," hehehe nasib la jadi adik....
Bila dah siap bakar.. Masing2 makan cecah kat air milo.. sedap katanya... ^__^
RESEPI ROTI BUN COKLAT
Bahan-bahan Roti Asas:
1 Cawan air suam
1 Peket yis
4 Sudu gula
2 Sudu susu pekat
2 sudu planta
3 1/2 cawan tepung
1 biji telur
Cara Membuatnya:
2. Telur dipukul sedikit
3. Campurkan susu pekat, gula , planta dan telur ke dalam bekas berisi tepung. kacau sebati
4. Curah bancuhan yis sedikit-sedikit ke dalam tepung tadi ( Ikut pada keperluan tepung, ada masa tak perlu guna kesemua air bancuhan yis tadi. Asalkan uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan dah ok)
5. Rehatkan dalam sejam atau sehingga doh kembang 2 kali ganda.
6. Kemudian tumbuk2 doh yang sudah kembang tadi dan uli hingga cantik licin
7. Boleh lah dibentuk dan diletakkan dalam bekas
8. Rehatkan doh sekali lagi. Biar naik 2 kali ganda
9. Bakar menggunakan api atas dan bawah lebih kurang 20 minit atau sehingga masak dengan suhu 150c
10. Keluarkan dan sejukkan atas redai, kemudian sapu permukaan roti dengan marjerin sewaktu roti masih panas.
- Jika nak buat coklat tambahkan sahaja adunan dengan coklat paste.
No comments:
Post a Comment