Macaroni and Cheese versi mudah. Buat dalam bekas Aluminium ni.. senang nak bakar lepas tu senang nak frozenkan.. saya biasanya memang buat sekali banyak lepas tu frozenkan. bila nak makan tinggal masuk dalam oven je. lagipun anak2 suka sangat makan macaroni cheese macam ni.. agak2 diorang lapar.. ON kan Microwave.. masuk dan tunggu.. saya dah ajar macamana nak masak macaroni ni. tak payah tungguu defrost.. terus masuk je.. ^___^ senang kan.. budak2 pun boleh buat.
Macaroni dalam versi beku. saya guna mozarella cheese mix dengan slice cheddar cheese.
Macam ni la saya Frozenkan. saya letak dalam plastik freezer. senang. sebab ye la masuk kat bahagian beku dlm peti ais.. tak nak bercampur dengan bau ikan.
Penyediaan inti macaroni.
Langkah-langkah nak buat mac and cheese. ok jom layan resepi kat bawah.
RESEPI MACARONI AND CHEESE
Bahan Inti (daging):
1 Biji Bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 bungkus daging kisar
1/2 cawan air
1 tin cendawan butang
1 tin kecil tomato puree
3 sudu makan sos cili
mix herbs
lada hitam / putih
garam secukupnya
Cara Membuatnya:
- Potong dadu baw. besar, baw. utih dan halia. Tumis hingga naik bau.
- Masukkan daging kisar. Tuang air. masak sehingga daging empuk.
- Masukkan cendawan butang yang telah di potong dadu.
- Masukkan pula tomato puree dan sos cili. gaul sebati.
- Akhir sekali Masukkan mix herba, lada hitam dan perasa dengan garam.
- Angkat dan ketepikan seketika
SOS PUTIH MUDAH
Bahan-bahan:
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 sudu makan butter
2 cawan susu UHT (atau lebih)
2 Cawan Air gaul bersama 2 sudu makan Tep Jagung
Mix Herbs
garam secukup rasa
2 pcs kiub ayam
Cara Membuatnya:
- Cairkan butter. masukkan bawang putih. gaul seketika.
- Masukkan susu uht. biar mendidih sekejap.
- masukkan air yang telah di campur dengan tepung jagung tadi.
- Masukkan bahan2 lain. masak sehingga adunan sos putih menjadi pekat.
- angkat dan ketepikan
SEDIAKAN MACARONI
1 peket Macaroni rebus bersama air dan 2 sudu makan minyak dan sedikit garam. rebus sehingga empuk/lembut. toskan airnya. siram dengan air paip. ketepikan.
CARA PENYEDIAAN:
- Sediakan bekas aluminium. tuang sos putih. ratakan.
- Masukkan macaroni. kemudian tabur daging di atasnya. ratakan
- kalau nak parutkan dengan cheese di atas daging juga boleh. kalau tak nak pun tak pe.
- kemudian sos putih.. macaroni.. daging.. dan akhir sekali sos putih.
- tabur mozarella cheese di atasnya.
- bakar pada suhu 180'c atau sehingga cheese cair dan garing.
No comments:
Post a Comment