Pages

Nasi Beriyani bersama Rendang Daging




Hari ni masak nasi beriyani simple. Hari tu pegi Mydin sempat beli rempah Beriyani Masala. Guna beras Basmathi Maharaja ni tak best la.. sebab berasnya kecil2. beras ni je ada jual kat SpeedMart.. nak tak nak kena beli juga la.. Di sebabkan sikap kurang penyabar.. maka nasi berianiku warnanya hampir kuning keseluruhan.. :) mana taknya.. nasi tengah basah.. dah tuang perwarna.. lepas tu godek2 sampai nasi bergaul rata.. ok lepas ni tak buat dah..


RESEPI NASI BERIYANI SIMPLE

Bahan-bahan:

4 cawan Beras Basmathi - Rendam terlebih dahulu
4 cawan Air
4 sudu makan rempah beriani - jadikan pes bancuh dengan sedikit air
1 cawan susu cair
Rempah tumis 4 beradik
1 labu bawang besar - hiris halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 pcs kiub maggi
2 sudu makan tomato puree
daun pandan di simpul
minyak masak dan 2 sudu makan minyak sapi

Cara Membuatnya:

- Panaskan minyak bersama minyak sapi. Tumis bawang besar, baw. putih dan rempah 4 beradik.
- Masukkan pes rempah beriyani dan tomato puree. kacau sehingga pecah minyak.
- Masukkan 4 cawan air dan susu cair. biarkan mendidih seketika.
- Masukkan beras yang telah di rendam tadi. Kacau sebati.
- Masukkan serbuk perasa kiub ayam dan daun pandan.
- Masak sehingga nasi kering. Api perlahan. sekali sekala gaul nasi sebati.
- Bila nampak air sedikit kering. angkat dan masak dalam rice cooker. masak macam nasi biasa.
- Bila dah masak tuang perwarna kuning. gembur gemburkan nasi.
- Boleh masukkan daun pudina dan kismis.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...