Pages

KEK BLUEBERRY CAPPUCINO




Kek ni di buat sepenuhnya oleh anak kedua saya Elisya Erina.. Kek ni saya saja buat lebih. memang awal-awal dah pasang niat nak ajar Elisya macamana mendeco sebiji kek. Sebab setiap kali saya mendeco kek.. Elisya mesti berdiri di tepi saya.. membantu apa2 yang patut.. bila bab nak warnakan buttercream.. saya akan serahkan pada elisya.. ada sekali tu.. dia buat sendiri bunga rose dari lebihan buttercream yang saya tinggalkan. walaupun tidak kemas tapi nampak la rupa bunga rosenya.. jadi kat situ saya nampak dia memang berminat dengan dunia baking ni..


Kali ni saya ajar dengan lebih terperinci bagaimana menghasilkan bunga rose dan daun dari Buttercream.. Bab melepa krim di atas kek.. memang agak susah dia nak faham.. terkial-kial.. tapi tak pe.. untuk umur 10 tahun seperti dia sudah boleh di kira pandai...

Mula2 sekali saya ajar bagaimana memotong kek menggunakan cake laveler.. mudah dan kemas dari menggunakan pisau bergerigi.. kemudian cara meletak filling di atas kek.. tapi di sebabkan saya tak jaga masa dia letak filling.. Kek jadi terlampau manis.. bagi saya...  Tapi bagi anak2.. tak pula.. ye la tekak orang berumur ni lain sikit.. lepas tu cara melepa krim di atas kek... krimnya saya gunakan freshcream sahaja... ringan dan sedap. cuma hiasan bunga tu dari buttercream..

Alhamdulillah.. walaupun dia terpaksa menadah telinga.. mendengar saya membebel.. akhirnya siap sebiji kek dengan hiasannya sekali... Cuma.. lepas ni nak kena practise selalu agar tak lupa... Bangga jugak sebab ada anak yang bakal mewarisi bakat saya.. ^__^

RESEPI KEK SPAN CAPPUCINO

Bahan-bahan:
4 biji telur gred A
150g Gula kaster
1 camb ovalette
1 camb esen cappucino
50g susu uht
150g tepung gandum
50g butter cair

250g Non Dairy whipping Cream - untuk menghias
Blueberry Filling

Cara Membuatnya:
- Satukan kesemua bahan KECUALI butter cair.
- Putar sehingga menjadi gebu dan kental.
- Kemudian masukkan perlahan-lahan butter cair. kaup balik sehingga sebati.
- Tuang ke dalam loyang berukuran 9" x 9". bakar pada suhu 170'c selama lebihkurang 35 minit atau sehingga masak.
- Bila dah masak.. keluarkan serta merta dari loyang dan sejukkan sebelum di hias.
- Cara menghias - Putar non dairy whipping krim sehingga kembang. bahagi kek kepada beberapa bahagian.
- Sapu blueberry filling di permukaan kek. kemudian ambil sedikit krim dan sapu rata.
- Buat sehingga kek habis. tutup keseluruhan kek menggunakan lebihan krim.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...