Rendang daging dengan pulut kuning lagi.. kali ni ikut je la bahan apa yang ada kat rumah. bulan ni je dah 2 kali buat. Budak-budak kat ruma ni suka bebeno makan rendang ngan pulut.
Hari tu beli pulut kuning Zarina Zainuddin. beli 2 bekas je. tu pun tak cukup. sedap pulut kuning dia. rendang daging ngan rendang kerang dia mabeles.
uols gi la usha IG dia..
RENDANG DAGING
Bahan-bahan:
1 kg daging
250ml santan pekat
2 peket kecil kerisik
2-4 helai daun kunyit-carik
2 - 4 helai daun limau purut
Garam, asam jawa dan gula melaka
Lada merah - hiris halus
BAHAN KISAR
4 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas muda
5 batang serai - hiris
segenggam lada kering. masak sehingga lembut
2 sudu makan ketumbar (rata) - sangai wangi
1 sudu makan jintan manis - sangai
1 sudu makan jintan putih - sangai
Cara Membuatnya:
- Kisar bahan kisar iaitu bawang merah, besar, bawang putih, halia, lengkuas, jintan manis, ketumbar, serai, lada kering, sehingga halus.
- Panaskan minyak. masukkan kayu manis dan bunga lawang. biarkan seketika.
- Masukkan bahan kisar tadi, masak sehingga garing dan pecah minyak.
- Kemudian masukkan air asam jawa.
- Masukkan daging yang telah di bersihkan.
- Tuang air lebihkurang 3-4 cawan.
- Masukkan kerisik. masukkan lada hidup/merah yang di hiris halus.
- Masukkan pula daun kunyit dan daul limau purut.
- Masukkan garam dan gula melaka.
- Akhir sekali tuang santan pekat.
- Masak sehingga daging empuk. Tuang air jika perlu.
- Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment