Pages

RESEPI KEK BATIK MILO




Salam Jumaat. Baru sempat nak share resepi.. dari semalam busy siapkan tempahan kek customers. Banyak gambar tak sempat post.
Kek batik ni semalam buat semalam jugak licin. tak sempat nak simpan untuk hari ni. lain kali nak buat 2 adunan. dapat besar sikit.
RESEPI KEK BATIK
By: Nina Mahdar
Bahan-bahan:
1 peket biskut marie (tak pakai habis pun)
1 ketul butter (250g) - saya guna jenama anchor
1 cawan milo
2 biji telur
1/2 cawan serbuk koko
1/2 tin susu pekat
3/4 cawan susu cair

Cara membuatnya:
- Dalam 1 bekas satukan milo, serbuk koko, telur, susu pekat dan susu cair.
- kacau rata. ketepikan.
- cairkan butter di dalam periuk menggunakan api perlahan.
- Apabila butter dah cair. Masukkan adunan milo tadi.
- kacau sehingga sebati.
- Masak sehingga adunan kelihatan sedikit likat dan meletup letup.
- Masak menggunakan api perlahan.
- Tutup api dan sedikan loyang size 6".
- Alas loyang dengan plastik. saya tak alas sebab guna loose base loyang.
- susun biskut marie di dalam loyang. curah sedikit adunan milo tadi. ratakan sehingga meliputi keseluruhan biskut.
- kemudian susun lagi adunan biskut. buat berulang ulang sehingga habis.
- Sejukkan di dalam peti ais sehingga kek batik menadi keras.
- Tuang coklat ganache di atasnya. potong menggunakan pisau tajam atau pisau bergerigi.

RESEPI COKLAT GANACHE:
BAHAN-BAHAN:
200g coklat compound
150g susu cair @ non dairy whipping cream
1 sudu makan butter
Cara Membuatnya:
- Satukan kesemua bahan dan cairkan menggunakan kaedah double boiler.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...