Pages

KUIH TALAM SUJI YANG SEDAP



Hari ni terajin sikit buat Kuih Talam Suji. kebetulan ada kelas mengaji. Bawak untuk juadah selepas kelas.

dah lama beli tepung suji ni tapi tak datang2 seru nak buatnya. Ingatkan nak buat Biskut Suji brunei yang sedap tu.. Tapi seruan nak membiskut tak datang-datang. sebelum tamat tempoh baik la buat apa2 yang patut kat tepung suji tu.. kalau tak membazir je beli. :)

Kuih Talam Suji ni memang sedap. Rasanya lemak berkrim dan tak manis sangat. Di hidangkan bersama secawan teh rasanya serasi bersama.. hehehe.

Jom layan Resepi.

RESEPI TALAM SUJI

Lapisan bawah:
Bahan A:
200g tepung suji @ Semolina
450ml Air

Lapisan Bawah:
200g gula kaster
2 biji telur
200ml santan
200ml air
sedikit perwarna kuning

Cara Membuatnya:
- Satukan air dan tepung suji ke dalam mangkuk atau periuk. Rendam selama lebihkurang 30 minit.
- Satukan kesemua bahan B. kacay rata dan tapis ke dalam bahan A
- Masak di atas api dan kacau sehingga adunan menjadi pekat dan tidak melekat di tepi periuk.
- Sediakan loyang 10" x 10" yang telah di las dengan plastik dan di sapu dengan sedikit minyak.
- Tuang adunan suji dan ratakan.
- Kukus lebihkurang 25 minit.

Lapisan Atas:
Bahan A:
200g Gula merah
50g Gula castor
500ml air

Bahan B:
100gm tepung gandum
70g Tepung beras
2 biji telur
250ml santan
1 sk garam

Cara membuatnya:
- Masak bahan A sehingga gula melaka larut sepenuhkan. sejukkan
- Satukan kesemua bahan B. Kacau rata
- Masukkan bahan A kedalam bahan B tadi. dan tapis ke dalam periuk.
- Masak seketika di atas dapur sehingga naik wap. jangan masak terlalu lama sehingga menjadi pekat.
- Tuang di atas adunan suji tadi.
- kukus lagi selama lebihkurang 30 minit atau sehingga masak.
- Sejukkan sebelum di potong menggunakan pisau plastik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...