Pages

ROTI BUN MANIS





RESEPI ASAL: Sue Norrman
Di cuba oleh: Nina Mahdar
A.
500g tepung high protein
75g gula halus
5g garam halus
10g instant yeast
2g bakerine plus( boleh guna bread improver yang lain)
B.
1 biji telur gred A
200ml air sejuk petiais
45g susu cair
C.
60g butter/ shortening
CARA MEMBUATNYA:
- Satukan bahan A ke dalam mangkuk adunan.
- Masukkan Bahan B dan uli sehingga menjadi doh.
- maukkan bahan C dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan elastik.
- timbang adunan 50g. buat rounding.
- Bentukkan dan rehatkan sehingga adunan menjadi naik 2 kali ganda.
- bakar suhu 170'c selama lebihkurang 20 minit ataus ehingga masak mengikut oven masing2.
.
MEXICAN BUN
INTI:
2 sudu makan susu tepung
2 sudu makan butter
1 sudu makan gula
-Satukan dan gaul Rata
TOPPING KOPI
200 gm mentega lembut
160 gm gula halus
2 biji telur
1 sudu makan emulco coffee
200 gm tepung gandum, diayak
Cara
- Pukul mentega bersama gula sehingga kembang, ringan dan lembut.
- Masukkan telur sebiji demi sebijik, dengan speed mixer yang perlahan
- Masukkan campuran emulco coffee, sebatikan.
- Masukkan tepung gandum yang telah diayak. Sebatikan, dan masukkan dalam piping bag.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...