Pages

APAM PISANG COKLAT RICE




Semalam saya ada buat Apam Pisang Coklat Rice untuk majlis ilmu di surau taman. Alhamdulillah molek jadinya dan gebu.
kualiti gambar kurang terang sebab ambil waktu maghrib. Resepi biasa2 saya sertakan sekali.
Apam Pisang Coklat Rice.
Bahan-bahan:
5 biji pisang berangan
2 biji telur
3/4 cawan minyak
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil garam
1 cawan gula
Edit: kalau tak suka manis boleh kurangkan ikut citarasa masing2.
2 cawan penuh tepung gandum
coklat rice
Cara membuatnya:
- Sediakan Blender yang bersih.
- Satukan Pisang yang telah di potong-potong bersama gula, minyak dan telur ke dalam blender.
- Kisar pisang sehingga sebati. tidak perlu di kisar terlalu halus.
- Masukkan kedalam mangkuk adunan.
- kemudian masukkan tepung, soda bikarbonat, baking powder dan garam ke dalam pisang. kacau sehingga sebati.
- Akhir sekali masukkan coklat rice. kaup balik.
- Sediakan acuan kuih lompang. tidak perlu sapu dengan minyak.
- Tuang adunan ke dalam acuan. hias di atasnya dengan pisang yang telah di hiris nipis.
- kukus selama lebihkurang 10-15 minit atau sehingga masak.
- sejukkan sedikit sebelum di keluarkan dari acuan.
- sedia untuk di hidang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...