Pages

KUIH LAPIS PELANGI





Assalamualaikum sahabat.
Kali ni saya mencuba kuih lapis pelangi. meriah sungguh kuih lapis berwarna warni ni. Anak-anak semua tertarik nak makan.
Setiap lapisan kuih lapis ni boleh di tanggalkan. Teksturnya juga sedikit kenyal dan manisnya sedang elok. Sebenarnya kuih ni kali ke 2 saya buat. Hasil eksperimen pertama saya tak puas hati sangat sebab kuih masih lembik walaupun di kukus lama. gagal.
Resepi ini telah di tambah baik dan insyaAllah menjadi dengan elok.
RESEPI KUIH LAPIS PELANGI.
by: Nina Mahdar
Bahan-bahan:
300g tepung ubi
150g tepung beras
500ml air
500ml santan + 1 sk garam
daun pandan di simpul
250g gula (nak manis sikit boleh tambah 270g)
perwarna merah, oren, pink, biru, kuning, purple, hijau)
1sk esen vanila (jika suka)
Cara Membuatnya:
- Satukan air, gula, daun pandan ke dalam periuk.
- Masak sehingga gula larut. tutup api.
- Kemudian masukkan santan. kacau rata.
- Ketepikan biarkan sejuk.
- Masukkan tepung ubi dan tepung beras ke dlama mangkuk adunan.
- Tuang air santan yang telah di sejukkan tadi. kacau rata.
- Jika bergentel Tapis.
- bahagi kepada 6 bahagian.
- warnakan mengikut warna pilihan.
- Alas loyang menggunakan plastik yang telah di sapu dengan minyak. (saya ak alas plastik. sapu loyang dengan minyak je.)
- saya gunakan loyang size 8"
- Kukus selapis warna pilihan selama 3-5 minit.
- kemudian tuang lagi selapis warna dan kukus lagi selama 3-5 minit.
- buat sehingga habis. Lapisan terakhir perlu di kukus lebihkurang 25 minit atau sehingga masak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...