Pages

BINGKA UBI SEDAP





Siapa suka.makan bingka ubi.. angkat πŸ™‹‍♀️πŸ™‹‍♀️
Bingka ubi ni saya buat petang semalam untuk juadah selepas kuliah maghrib di surau taman. Ni Saya tinggalkan sedikit buat minum petang. Di gandingkan pula dengan teh o panas.. sedapnya...
RESEPI BINGKA UBI
loyang 10" × 10"
Bahan-bahan:
7 cawan Ubi - blender dengan air dan tapis.
(Sukat ubi selepas di blender)
Lebihkurang 1.2kg ubi selepas di kisar
(Kalau rajin parut la)
3 cawan gula - nak kurang manis jadikan 2 1/2 cawan je
2 cawan santan
1 1/2 cawan air
Sedikit garam
Sedikit perwarna kuning
Cara membuatnya:
- satukan kesemua bahan.
- tuang ke dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
- bakar pada suhu 200'c lebihkurang 1 jam setengah.
- sejukkan sebelum di potong.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...