Pages

KEK BUAH BAKAR





Kek buah bakar kakak merajuk hari ni. dia merekah sikit kat atas. tapi tak apa.. masih tidak menjejaskan rasa kek...
Saya dah pernah share resepi sebelum ni.. tapi yang ni saya dah buat penambahbaikan sedikit pada resepi.
Nak bagitau ye.. kek buah ni tak sesuai di kukus. kyang ni bakar kalau kukus nanti buah dia semua jatuh pi bawah. yang ni versi bakar.

RESEPI KEK BUAH BAKAR / LIGHT FRUIT CAKE
By: Nina Mahdar
bahan-bahan:
250g mentega
150g gula kaster
4 biji telur gred A
250 tepung gandum
2 sudu makan tepung gandum (untuk gaul pada buah)
300gm mixfruit (buah2an kering)
50g susu cair / uht
1 sk ovalette
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla

Cara membuat:
- Pukul mentega, ovalette dan gula sehingga kembang.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati.
- Kemudian masukkan esen vanilla. Pukul hingga sebati.
- Sementara itu satukan tepung dengan serbuk penaik.
- Ambil 2 sudu besar tepung dan gaulkan dengan buahan campuran untuk mengelakkan buah dari mendap ke dasar kek.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli susu dan putar rata.
- Kemudian masukkan buahan kering, gaul rata.
- Masukkan adunan ke dlm loyang bersaiz 7 inci.
- Bakar dalam ketuhar selama 35-45 minit atau sehingga masak.
- Jangan terlebih bakar nanti kek akan menjadi kering.
Selepas 35 minit, cucuk dengan lidi sate jika keluar licin maksudnya kek dah masak bolehlah diangkat dan sejukkan atas redai.
- sejukkan kek. Bungkus terlebih dahulu menggunakan plastik wrapping lebihkurang semalaman untuk dapatkan kek yang lembab dan buah tidak berterabur bila di potong.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...