Pages

Cara Buat Barut Bayi


Selepas beberapa minggu tergendala.. akhirnya siap juga barut bayi yang di jahit sepenuhnya oleh saya... Yeayyyyy.......Sebenarnya saya tak la pandai menjahit sangat.. setakat jahit lurus tu kira ok. memang preggy kali ni.. saya berhajat nak jahit sendiri barut dan bedung baby. hasil peyelidikan Mr. Google akhirnya boleh juga saya siapkan barut baby ni..  tak sangka berjasa juga mesin jahitku yang berusia 10 tahun tu.. ^__^

jom layan cara saya jahit barut baby..

Bahan bahan yang di perlukan untuk jahit barut ni ialah:

1. kain Cotton Flannel - saya beli kat kamdar. semeter RM 6.90
2. Tali untuk Barut - beli kat kedai jahit segulung RM1.90.  saya beli 2 gulung.
3. Benang dan alatan menjahit.


Mula2 saya buat pola dari kertas minyak ni.. tekap pola pada kain. kain saya lipat 2 sebab nak jimatkan masa memotong. lebihkan bahagian tepi dalam 1/2 inci. takkan nak potong ngam2 pula kan.. nanti nak jahit kat mana.. kain putih ni sebenarnya untuk bahagian dalam barut. tapi kalau tak nak pun tak pe.. saya saja je.. nak bagi lawa.


Kain yang siap di potong mengikut pola.. 

Model tangan Elisya. bab ni saya gunakan tracing paper. ikut garisan tepi pola. sebab saya dah potong 2 kain kat sini. jadi kena tanda guna tracing paper untuk dapatkan garisan di kain lagi 1. jadi tak la buat 2 kali kerja kan..

Macam ni la lepas tanda menggunakan tracing paper ni. depan belakang dah ada garisan. senang.

Yang ni la kain cotton Flannel. ada gambar corak2 bear ni. saya tekapkan kain putih yang dah siap tanda tadi. potong je ikut kain putih tu.. dah tak payah nak garis2 dah.

pinkan dahulu sebelum di potong. jadi senang masa nak menggunting. kain tak gerak. jadi kat sini saya dah gunting 2 pasang barut. sebab kain tu sy lipat 2. bila buka masing2 dapat sepasang.. kain cotton flannel dan kain cotton putih tu..

masa untuk menjahit. jahit kesemua keliling barut yang telah di tanda tadi. tinggalkan kat bahagian atas tu.. jadi senang nak terbalikkan barut nanti.


Untuk bahagian lekuk ni.. gunting2 sedikit hujungnya. buat seperti dalam gambar.

Untuk bahagian tepi pula.. gunting menyerong seperti ini. sebab nanti bila nak terbalikkan kain tak la tebal bahagian hujungnya.

Bahagian yang di tinggalkan tadi. terbalik kan kain menggunakan bahagian yang tdk di jahit ni.

ok dah siap di terbalikkan.. ni la hasilnya..

kelepet hujung bahagian barut yang tdk di jahit tadi. Jahit bahagian tepi barut. jahit tindih kesemua bahagian tepi barut.

hasilnya akan jadi seperti ini bila selesai jahit tindih bahagian tepi barut.

bahagian bab tali ni.. sebenarnya saya main agak2.. panjang tali seeloknya 34 inchi x 3pcs untuk setiap barut. jahit di bahagian tengah terlebih dahulu. jarak antara tali biasanya 1".

Dah siap jahit tali.. saya rasa dalam nak menyiapkan barut ni.. Jahit tali ni la yang paling leceh..

Siap.. ^__^  bahagian dalam dan depan barut. Sayadapat 8 keping barut. 4 keping saya buat size kecil. dan 4 keping lagi size besar.. 


3 comments:

  1. Kain yg putih tu jnis cotton flannel jgak ke? X lapis ngan kain putih x boleh ke?

    ReplyDelete
  2. Trma kasih nie ilmu dan dpt menjimatkan perbelanjaan untuk persediaan brg baby...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...