Pages

Vanila Blueberry Muffin



Hari tu jalan2 kat metropoint kajang nak beli barang kat Mr. Diy.. lalu lak kat tepi Kenny Rogers.. ternampak muffin kat display rack diorang tu.. Tengok2 macam tu je la.. memang tak teringin langsung nak beli ke hape... Tapi bila balik rumah... sambil tengok2 tv..teringat ingat pula pada muffin kenny rogers tu.. Nak keluar balik semata mata nak membeli muffin.. memang tidak la kan... Jadi pujuk2 elisya suh buatkan muffin. benda paling senang. kebetulan blueberry filling memang ada je kat dlm peti ais.. maka.. Terjadi la Vanilla Blueberry Muffin ni..

RESEPI VANILLA BLUEBERRY MUFFIN

Bahan-bahan:
4 biji Telur
200g Gula kaster
100g Susu segar uht
1 sdb esen vanila
1 sdk baking powder
1 sdk soda bikarbonat
1/2 sdk garam
400g Tepung Gandum
150g Butter - di cairkan
Blueberry Filling secukupnya

Cara Membuatnya:

- Satukan bahan basah Telur, Susu dan esen vanila terlebih dahulu. kacau menggunakan whisk sehingga adunan telur kelihatan berbuih.
- Masukkan bahan-bahan kering yang lain kecuali Butter cair dan blueberry filling. 
- Kacau menggunakan whisk.. jangan terlebih gaul kerana ini akan mengakibatkan muffin tidak naik dan merekah. 
- Abaikan / biarkan jika ternampak adunan tepung masih berketul. kemudian tuang butter cair ke dalam adunan. kacau rata.
- Sediakan Loyang Muffin. letak papercup. Tuang 3/4 penuh adunan ke dalam acuan,
- Paipkan blueberry filling ke adalam adunan.
- Bakar menggunakan suhu tinggi 190'c - 200'c lebihkurang 20 - 25 minit atau sehingga masak.
- Sedap di hidang bersama teh panas. ^__^ 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...