Kalau kat Sabah saya panggil kacang salut je. tapi bahan2nya sangat berbeza dengan versi sabah. kat sabah biasanya menggunakan rempah Masako dan kacangnya agak manis.. Rempah Masako ni pula kalau kat semenanjung memang susah la nak dapat. saya terjumpa kat kedai Acheh je. tu pun satu2nya kedai acheh yg jual. setakat ni kat tempat saya ada 3 kedai runcit acheh.. Rempah masako ni pula sebenarnya rempah sup daging. produk indonesia.. Hajat di hati memang teringin nak makan yang versi sabah tapi stok masako tak ada pula.. nak2 buat kacang ni malam2.. time teringin.. time tu juga nak buat.. tak nak tunggu esok... ^___^ teringat yang saya pernah screenshot resepi kacang rugget ni.. semua bahan ada dan resepinya pun senang.. jadi projek berjalan lancar... Cuma saya ada ubah beberapa sukatan mengikut citarasa saya.
Saya buat 2 versi adunan kacang ni.. sebab nak tengok versi mana lagi rangup.. 2 2 versi pun rangup dan sedap... dan dah habis pon....
versi pertama.
versi kedua..
Versi tak jaga sebab tengok TV. tergelap sikit
RESEPI KACANG RUGGET
Sumber Resepi: Screenshot dari FB Kongsi resepi kongsi rasa.
Bahan-bahan:
500g Kacang tanah - dlm resepi kata tak payah basuh.. tapi saya Terbasuh.. cepat2 toskan dan keringkan airya.
5 ulas bawang putih - tumbuk
1 sb serbuk cili - saya tambah ke 3 sb serbuk cili babas
2 sb gula - saya tambah jadikan 1/2 cawan gula
2 sk garam
2 biji telur
5 sb tepung gandum
1 sb tepung beras
Cara Membuatnya:
- Bersihkan kacang tanah.
- Satukan kesemua bahan. gaul sehingga rata dan pastikan tepung menyaluuti kacang tanah.
Versi pertama.. saya buat macam ni..
Ni Versi kedua.. Versi asal.
Dah siap tu boleh la di goreng dengan api sederhana. Angkat dan Toskan.
No comments:
Post a Comment