Menu malam malam bila tengok TV tak de benda nak kunyah. Selalunya anak no 2 saya.. kakak Elisya yang buat pancake ni.. saya bab2 buat macam ni dah pencen.. Bagi anak dara ambil alih tugas mamanya pula.
Bila berpancake selalunya mesti makan bersama sos coklat. sos coklat ni memang buat awal2. buat banyak dan masukkan dlm botol. Letak dalam peti ais. sebab ye la.. kadang2 nak makan roti ke.. aiskrim ke.. mesti nak curah dengan sos coklat. Pancake macam ni sangat sedap di makan bersama strawberry dan sos coklat. masam masam manis gitu...
RESEPI PANCAKE
Bahan-bahan:
2 cawan Tepung Gandum
2 cawan Susu Uht
3 Sudu makan Gula
1/2 sudu teh Garam
2 biji telur
1/2 Sudu teh Soda Bikarbonat
1/2 sudu teh Baking Powder
1 camt esen vanila
3 sudu makan Butter Cair
Cara Membuatnya:
- Satukan kesemua bahan dan kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
- Biarkan adunan rehat selama lebihkurang 5 minit.
- Panaskan kuali non stick. tuang sesenduk adunan. masak sehingga permukaan kelihatan berlubang sedikit.
- Terbalikkan adunan pancake. masak adunan seketika. angkat dan boleh di hidang bersama maple syrup, sos coklat, ice cream dll.
RESEPI SOS COKLAT MUDAH
Sumber Resepi: Dapur Mamasya
Bahan-bahan:
1/2 cawan serbuk koko ~ ayak
1 cawan gula
2 1/2 cawan air @ susu cair ~ yana letak air je
1/2 cawan tepung jagung
2 sb majerin / minyak jagung
CARA PENYEDIAAN:-
- Masukkan semua bahan dalam bekas dan masakkan atas dapur dengan api kecil. Sentiasa kacau
- NOTA DAPURMAMASYA ~ topping dah sebati dan nampak mula pekat bolehlah tutup api dan terus kacau. Sejukkan dulu sebentar sebelum digunakan.
No comments:
Post a Comment