Pages

TART TELUR



Tat Telur yang menyelerakan. Buat banyak ni makan 4 beranak.. tak sedar tinggal berapa ketul je dalam peti ais. Suka dengan tekstur pastrinya. Rangup dan rapuh. Simpan dalam bekas kedap udara masuk dalam peti ais. makan esok pagi pun pastrinya masih rapuh. Jom kita layan resepi.

RESEPI TART TELUR

Bahan untuk Pastri/Kulit
150g Butter
50g Gula aising
1 biji Telur
250g Tepung Gandum

Cara Membuatnya:

- Lembutkan butter, Telur dan gula sehingga berkrim.
- Masuk tepung dan uli sehingga menjadi doh.
- Tekan dalam acuan Tart. Cucuk dengan garfu di permukaan bawah pastri.
- Bakar lebihkurang 15 minit pada suhu 150'c.

Bahan untuk Egg Filling:
3 biji Telur gred A
300ml Susu segar UHT
150g Gula Kaster
1 sb Esen Vanila
1 Sb Tepung Kastard

Cara Membuatnya:
- Satukan kesemua bahan di atas dan putar/kacau menggunakan whisk sehingga adunan bergaul rata dan sebati.
- Tapis adunan filling tadi. Tuang ke dalam acuan kulit pastri tadi.
- Bakar semula lebihkurang 25 minit pada suhu 170'c.

Tips: Perhatikan tart semasa proses membakar. Jika suhu terlalu panas.. filling akan menggelembung naik. ini adalah di sebabkan oven terlalu panas atau terlebih bakar. Bila keluarkan filling tart telur akan kelihatan belubang di tengah dan teturun mendap.


1 comment:

  1. Jika adunan/ filling egg tart masih ade berlebihan dan disimpan di dlm peti sejuk , boleh tahan berapa lama ye adunan tu ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...