Pages

COTTON CHEESECAKE







Dah lama tak menulis kat blog ni.. sebenarnya dah tak tau nak share apa.. sejak ada anak kecil ni semakin malas nak masuk dapur... masak pun simple2 je.. kalau baking tu memang lagi la jarang.. Bila anak2 nak sangat baru la gagahkan juga membuatnya..

Kali ni saya kongsikan resepi cotton cheesecake yang simple.. senang sangat nak buatnya.. cuma letakkan blueberry topping di atasnya.. nak deco2 memang dah tak mampu.. sebab Iman asyik nak bekepit je.. tak boleh berenggang lansung... :)

RESEPI COTTON CHEESECAKE

Bahan-bahan:
250g Cream Cheese
50g Butter
150g Susu UHT
5 biji telur - asingkan putih dan kuning
30g tepung gandum
40g tepung jagung
1 sk cream tartar

Cara Membuatnya:
- satukan CreamCheese, susu dan butter. cairkan menggunakan kaedah double boil.
- kemudian tunggu suam. masukkan tepung. kacau sebati.
- Masukkan pula telur. kacau dan ketepikan.
- Putar putih telur sehingga berbuih. Masukkan gula dan krim tartar.
- Putar lagi sehingga menjadi merringue. Putar medium peak sahaja.
- satukan adunan merringue dan adunan cream cheese tadi. kaup balik sehingga sebati.
- Tuang dlm loyang berukuran 8" atau 9"
- bakar pada suhu 170'c selama 1 jam atau sehingga masak menggunakan kaedah bain marie atau steam bath.
- dah masak. Biarkan 5 minit. keluarkan kek dari loyang. sejukkan dan boleh la di letakkan blueberry topping di atasnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...