Pages

KEK BUAH KUKUS



Saya bukan lah penggemar kek buah kukus. tapi tekak terasa sangat nak rasa kek legend ni.. kebetulan semua bahan ada kat rumah.. proses pembuatan pun tak renyah.. mudah je.. cuma yang bercinta tu.. nak mengukusnya... saya kukus tak lama.. kukus dalam 2 jam Jeeee.... :)

Resepi ni saya ambil dari Blog terkenal Azlita Masam Manis.. sebab rata2 ramai blogger yang telah mencuba kek kukus Chef Zubaidah ni.. empunya resepi asal..

Pada saya kek ni boleh tahan rasanya.. sedap.. mampat.. padat dengan buah-buahan. Ni dah buat ni tak tau la pulak bila nak habis.. sebab dalam rumah ni.. kalau kek2 otai macam ni.. memang kurang laku..


RESEPI KEK BUAH KUKUS
Sumber: Azlita Masam Manis
Resepi Asal: Chef Zubaidah

Bahan A
320 gm gula halus
250 gm mentega
500 gm buah-buah kering campuran mixt fruit
50 ml air panas

Bahan B
350 gm tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil cream of tartar
1 sudu kecil serbuk kayu manis

Bahan C
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur gred A






CARA MEMBUATNYA:
- Masukkan gula dalam periuk atau pan leper. Panaskan dan cairkan gula hingga perang, jangan sampai hangus ya nanti kek anda akan pahit. Gunakan api yang kecil sahaja.
- Bila gula dah mula cair keperangan, tuangkan air panas. Berhati-hati semasa menuang air kerana ia akan merecik. Kacau rata hingga tiada ketulan gula.
- Masukkan pula mentega dan biarkan ia mencair
- Masukkan pula buah-buahan campuran dan masak hingga ia mendidih dengan api perlahan.
- Bila dah mendidih tutup api dan biarkan ia sejuk atau suam.
- Campurkan tepung, soda, tatar, serbuk pala atau serbuk cinamon ( jika di gunakan ) kemudian di ayak.
- Masukkan bahan ayak kita ini ke dalam adunan buah-buahan tadi sedikit-sedikit dan gaul rata.
Ketepikan
- Dalam bekas lain pula putar telur hingga berbuih. Anda boleh gunakan blender juga untuk memutar telur.
- Kemudian tuangkan telur ke dalam adunan tepung dan buah-buahn tadi.
- Masukkan juga esen vanilla.
- Masukkan kedalam loyang dan kukus selama 2 jam atau lebih.
- Tunggu kek hingga benar-benar sejuk sebelum di potong.
- Kek ini semakin lama di simpan semakin enak rasanya. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...