Pages

GYMRAMA - BATRISYIA


22hb Batrisyia akan masuk Mini Competition untuk upgrading ke Gred 1. Dia akan buat 3 persembahan iaitu Free Hand, Rope dan Ball. Dalam masa 2 minggu sebelum persembahan saya dah risau sebab tak dapat mencari pakaian untuk persembahan Batrisyia nanti.


Rhythemic Leotard ni dapat dari Coach Batrisyia. Harga sebenar RM1500. Memandangkan baju ni baju 2nd hand.. tak tau dah berapa banyak kali bertukar tangan.. harga jatuh ke RM700... erkkkk.. sakit tekak akak nak telan air liur dengar harga baju ni... Leotard memang mahal. Harga biasanya bermula dari RM500 ke atas. makin banyak manik makin mahal la baju ni...  Tempah jahit tak mahal.. tapi tempah manik je dah RM300 ke atas..

Bila belek2.. iskk.. macam senang je nak buat.. maka bermula la angan-angan mat jenin akak nak jahit sendiri.. Tapi sedar diri tak pandai dan tak cukup peralatan. maka hajat di hati nak tempah je. Semangat pegi Jakel cari kain. kain jenis spandex dan net yang stretchable.. hasilnya... Salah beli kain... hehehhehe.. melayang RM100.

Sebenarnya kain yang akak beli tu boleh guna. cuma tebal sikit dari biasa... Degil lagi ni.. angan2 perlu di laksanakan.. cari pulak tailor yang boleh jahit baju mcm ni.. 

ok.. ada adik baik hati nak tolong jahit. hantar baju contoh.. lagi 3/4 hari siap... menunggu la dengan sabar. hari yang di nantikan tiba.. dah siap pun bajunya dan Lawa jugak. kalau dah tambah manik.. confirm lawa... cuma masalahnya kain net tu jenis tak stretchable. jadi nak masukkan tu payah sikit.. Dan masa nak amik baju ni.. batrisyia sekolah. jadi masa fitting tu,, gunakan akaknya je.. bila balik rumah bahagian belakang nampak berkedut sikit. nak hantar balik macam dah tak de masa je.. tapi overall untuk pertama kali jahit baju macam ni.. memang akak bagi thumbs up kat adik tu..

Baju yang di tempah. ^__^


Dalam masa yang sama... Coach Batrisyia hantar juga baju2 untuk saya pilih. kali ni hantar yang murah. dalam lingkungan RM200 ke atas. Cuma saya kurang berkenan pulak.. Sebab 1.. baju tu baju 2nd hand. 2.. manik kat baju tu banyak yang tertanggal.. 3.. baju tu nampak kotor... tak de la kotor sangat... tapi bila dekat2 nampak la mcm lusuh sikit.. jadi misi mencari baju di teruskan.. hihihi

Yang ni RM300. diskaun RM270

Ni RM250. Diskaun RM180

Akhirnya.. dalam kalut2 mencari baju Gymrama batrisyia... Elisya tetiba kata nak pinjam kat kawan baik dia.. kebetulan kawan baik Elisya bekas Atlit Gymrama. tapi dah tukar bidang sebab.. tak tau,, tak sempat tanya... Dapat 2 helai terus. Pinjam je.. Dan size sama dengan batrisyia.. Alhamdulillah.. di permudahkan semuanya..

Dan Akhirnya.. saya tempah jugak baju Gymrama Batrisyia kat Butik IOI Mall Puchong. Lepas raya baru siap. Yang dah siap jahit tu buat main2 je.. ada masa nanti nak jahit manik.. :)





2 comments:

  1. Biase nye harga tempahan utk kosong xade manik berape ye?

    ReplyDelete
  2. Xade ke nak jual baju 2nd hand🤗.. Sy ade twin y join nie.. Umur 9taon

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...