Pages

KUIH PUTERI AYU



Kuih Puteri Ayu ni kuih kegemaran saya dari kecil. memang suka sangat makan kuih ni. Dan Arwah mak saya suka buatkan bila saya nak makan.. Cakap je kuih hijau atas ada kelapa.. cepat la arwah mak saya buat. 

Rupa-rupanya anak2 saya pun menggemari kuih ni. memang sekali makan dekat 5 bijik juga la setiap sorang. Cuma.. nak membuatnya tu... kekadang tak rajin sungguh nak tekan kelapa masuk dalam acuan. kalau di ikutkan senang je membuatnya.. tapi tu la... ^___^


RESEPI PUTERI AYU
Bahan-bahan
3 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula (nak manis jadikan 2 cawan)
3 biji telor
1 kotak santan
1/2 cawan air pandan
1 sb ovelette
1 sk baking powder
1 sk pewarna hijau

topping kelapa
1 biji kelapa parut putih sahaja
1 sk garam
2 sudu makan tepung jagung / gandum


Cara Membuatnya:
- Satukan Kelapa, garam dan tepung. kacau dan ketepikan.
- Putar telur, Gula dan Ovalette sehingga kembang dan kental.
- Kemudian masukkan santan, air daun pandan dan perwarna hijau.
- Putar sekejap. Masukkan pula tepung. Putar lagi sehingga adunan sebati.
- Sediakan acuan. glis dengan minyak.
- masukkan sedikit kelapa dan tekan pada permukaan acuan sehingga mampat.
- Tuang adunan. Dan kukus selama lebihkutang 5-10 minit.















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...