Nak tau tak.. dah lama sebenarnya nak try Ramen dari Korea ni.. Tapi was was nak makan sebab masa tu tengah Viral yang Ramen ni tak halal..
Tapi sebenarnya Ramen ni halal je. dan di sahkan oleh JAKIM Malaysia.
VIRAL MEE SEGERA RAMYEON - SAMYANG:- BHG III
Viral mengenai status halal produk ini kembali menerjah akaun FB Bahagian Hab Halal.
Untuk makluman pengguna, buat masa ini Korean Muslim Federation (KMF) adalah merupakan satu-satunya badan pensijilan halal Korea yang diiktiraf oleh Jakim.
Berdasarkan siasatan yang telah dilakukan oleh mereka beberapa bulan yang lalu, didapati bahawa produk mee segera ramyeon tidak mengandungi bahan yang meragukan dan merupakan pemegang sijil halal (KMF) yang sah sehingga kini.
KMF mendakwa bahawa, syarikat pengeluar patuh dan komited terhadap piawaian prosedur yang telah ditetapkan, malah pemantauan secara berkala turut dilaksanakan terhadap semua industri di Korea yang diberikan sijil halal oleh KMF
Kenyataan ini diperkukuhkan lagi / turut disokong dengan hasil laporan analisis Jabatan Kimia Malaysia di mana TIADA DNA BABI dikesan pada produk tersebut.
Sehubungan itu pengguna adalah dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat palsu berkenaan. Sila semak senarai badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf di laman sesawang www.halal.gov.my atau melalui aplikasi telefon pintar MyJakim
Unit Hal Ehwal Korporat
Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
📧pr_halal.islam@1govuc.gov.my
03-8892 5000/1
03-8892 5000/1
Ni status terbaru dari Jakim. 13/6/2016. Kebetulan masa beli barang baking ternampak Ramen ni.. Harga boleh tahan juga. sebungkus dah RM6.90. yang guna cup RM7.90. kalau nak beli 1 pek 5 bungkus tak silap harga RM24.90. Tapi teringin nak rasa amik juga la sebungkus. rasa je kan.. :)
jeng..jeng..jeng.. Anak2 sibuk komplen kata "sikitnya... kenapa tak beli 2 peket?... Amboiiii.... kata nak rasa je kan... Memula saya rasa dulu.. masuk je dalam mulut.. Ya Allah pedasnya... serius pedas... bagi pulak kat anak yang sulung... gaduh2 dengan adiknya tamak nak bolot semua... sekali rasa.. bangun cari air.. hehehe.. telompat lompat cari air.. maka bergilir la kitaorang anak beranak minum air..
tapi kan.. Pedas2 Ramen ni.. ko masih rasa nak makan tau..rasa mesti nak habiskan.. sebab sedappp... pedas dia tak leh nak ckp.. bibir rasa kebas je.. budget bibir angelina jolie.. :) memang salute la sapa boleh makan ramen ni tanpa rasa pedas..
Ni isi kat dalam. yang peket merah tu chili pes. yang hitam putih tu seweed dan bijan .
Memula panaskan air hingga mendidih. Masukkan mee. masak lebihkurang 5 minit.
Toskan / buang air rebusan. masukkan dlm mangkuk.
Gunting peket kecil tadi. masukkan ke dalam Ramen.
Gaul sehingga sebati.
Siap dah.. ada kawan makan dengan kimchi.. sedap katanya... ni malas nak goreng telur.. makan kosong macam ni je...
No comments:
Post a Comment