Assalamualaikum wbt..
Ramai penggemar kek coklat kan.?. Bila di gabungkan pula dengan Aiskrim vanila.. MasyaAllah..sedap sangat.. saya yang tak berapa gemar makan kek coklat pun.. boleh berulang makan.. saya sebenarnya lebih suka kek2 legend seperti kek buah... marble cake macam tu. Al-maklum la... tekak orang berumur ni lain sikit.. :)
Biasanya bila buat kek coklat memang tak boleh bertahan lama.. paling lama pun 3 hari.. tapi kek ni.. sehari setengah.. dah habis.. bawak pi sekolah lain.. makan kat rumah lain.. lepas tu bila dah habis.. suruh buat lagi.. nak bawak pi sekolah sebab kawan2 kata sedap...
Yang nak membuatnya tu payah sikit.. sebab kena ikut mood saya la.. masalahnya mood saya tak pernah bertukar ke Rajin.. asyik mood malas je... hehehhe....
Choc mud cake ni memang kaya dengan rasa coklat dan kopi.. resepi saya ambil dari youtube. di sini dan saya ubah sedikit bahan-bahannya mengikut kesesuaian dan bahan yang ada kat rumah.
RESEPI CHOCOLATE MUD CAKE
BAHAN-BAHAN:
250g butter
200g dark chocolate (hakak guna coklat masakan)
1 peket instant nescafe
2 cawan tepung gandum (240g)
1/2 cawan serbuk koko (60g)
1/2 tsp soda bikarbonat
1/2 tsp baking powder
1 3/4 cawan gula ( 480g)
4 bj telur
180ml minyak jagung / masak / butter cair
120 ml susu + 2 sudu makan cuka
BAHAN-BAHAN:
250g butter
200g dark chocolate (hakak guna coklat masakan)
1 peket instant nescafe
2 cawan tepung gandum (240g)
1/2 cawan serbuk koko (60g)
1/2 tsp soda bikarbonat
1/2 tsp baking powder
1 3/4 cawan gula ( 480g)
4 bj telur
180ml minyak jagung / masak / butter cair
120 ml susu + 2 sudu makan cuka
Cara Membuatnya:
- Satukan cuka dan susu terlebih dahulu. ketepikan.
- masukkan serbuk koko, Minyak, Instant nescafe, gula, coklat masakan, dan butter.
- kemudian masak atas api atau menggunakan double boiler sehingga gula dan butter cair. jangan sampai hangus ye.
- Adunan akan kelihatan sedikit likat di sebabkan gula. angkat dan ketepikan.
- kemudian tuang susu yang telah di mix bersama cuka tadi. kacau rata sehingga adunan sebati dan gula larut.
- satukan bahan kering. serbuk koko, tepung, baking soda dan baking powder.
- Dalam bekas lain.. pukul telur sehingga berbuih. Tuang adunan coklat yang di masak tadi. kacau atau putar menggunakan mixer sehingga adunan larut sepenuhnya.
- Masukkan adunan tepung. putar sebati. sediakan loyang dan bakar selama lebihkurang 45 minit suhu 170'c atau sehingga masak.
- bila dah masak keluarkan dari loyang dan sejukkan.
RESEPI CREAM CHEESE
Bahan-bahan:
250g cream cheese
100g non dairy whipped cream
1 sudu makan susu pekat.
100g non dairy whipped cream
1 sudu makan susu pekat.
Cara membuatnya:
- Putar creamcheese dan susu pekat sehingga lembut.
- masukkan fresh cream. putar lagi sehingga kembang dan gebu. ketepikan
RESEPI GANACHE
Bahan-bahan:
150g coklat masakan
100g susu cair
1 sudu makan butter
150g coklat masakan
100g susu cair
1 sudu makan butter
Cara Membuatnya:
- cairkan coklat bersama susu. kemudian masukkan butter.+
- kacau sehingga sebati.
sediakan kek yang telah siap di sejukkan tadi.
ratakan krim di seluruh permukaan kek. bila dah siap.. curahkan coklat ganache di keseluruhan kek.
bersihkan bahagian tepi papan kek.. biarkan seketika di dalam peti ais. potong menggunakan pisau panas.
Izinkan saya ambil resepi ini, saya nak berjual boleh tak kak?
ReplyDelete