Pages

HOMEMADE KIMCHI


Assalamualaikum WBT..

Bila tengok drama atau rancangan korea.. mesti ada kimchi kan?  teringin jugak nak rasa.. macamana rasa kimchi tu? sedap ke? oh.. sebenarnya saya dah pernah makan kimchi kat Ichiban Restaurant dalam ioi mall tu.. Tapi ya Allah.. tak lalu sungguh kat tekak...

Hari tu.. sesaja bukak youtube.. terpandang pulak video orang buat kimchi ni.. Elisya bukan main nak sangat rasa kimchi.. tengok resepi tak la susah mana nak buatnya..lagipun barang2 semua ada kat rumah.. tinggal beli kobis je...

Maka.. bermula la main masak-masak bersama Elisya.. Ni semua Elisya yang buat.. saya hanya baca resepi dan ambil gambar sahaja.. :)

Resepi ni saya ambil dari Youtube. Ajjumma Maangchi punya resepi.. tapi saya menggunakan bahan2 yang ada kat rumah je.. sotong jeruk saya tak masukkan.. ada juga yang masukkan budu.. tapi saya tak makan budu.. jadi memang sayur semata2..

Bila dah siap tu.. kitaorang perap selama 2 hari dalam peti ais.. (proses penapaian).. makan saja2 macam tu memang tak lalu kat tekak saya.. ye la tekak orang kampung.. makan pulak makanan korea ni,.. mana nak lalu.. tapi bila saya masak bersama maggi kari.. Sedap pula..  sedar tak sedar.. tak sampai seminggu kimchi sebekas habis kitaorang kerjakan.. kejap2 masak nasi goreng kimchi... masam asam pedas pun letak kimchi... sedap tau...


RESEPI EASY KIMCHI

Bahan-bahan:
2 pcs kobis panjang - belah 4 - dan potong (rujuk gambar)
1/2 cawan garam kasar
1 biji lobak merah - belah 4 dah hiris halus memanjang
1 biji lobak putih - sederhana panjang - hiris halus memanjang
1 ikat daun bawang -
1 cawan serbuk lada
3 sudu makan chili flakes
2 sudu makan sos ikan

Bahan Kisar:
1 labu bawang besar
Sebuku bawang putih
2" halia

Bahan Pemekat / Kanji 
3 sudu besar tepung beras
1 cawan air
3 sudu besar gula

Cara membuatnya:
- Satukan kesemua dan masak atas api hingga pekat. dah siap ketepikan. biarkan sejuk.


Sediakan Kobis Cina / Napa..


Belah 2.. terpulang nak potong2 atau belah memanjang seperti ini.. 

Lobak Merah, Lobak Putih dan Daun Bawang. Hiris/potong memanjang.


Basuh Kobis bersih-bersih.

Garamkan kobis tadi sedikit demi sedikit sehingga garam dan kobis habis. pastikan garam menyelaputi keseluruhan kobis. selepas itu biarkan kobis selama lebihkurang 2 jam dan sesekali gaul kobis menggunakan tangan agar sebati dan telah di perasakan dengan rata.

Bahan kisar. kisar sehingga halus dan ketepikan.


mula menyediakan bahan pemekat / kanji. satukan kesemua bahan pemekat. masak di atas api perlahan sehingga pekat dan kelihatan jernih. ketepikan dan biarkan sejuk.


Mula membuat pes Kimchi. Tuang bahan kisar ke dalam mangkuk. kemudian tuang pula bahan pemekat / kanji ke dalam mangkuk yang berisi bahan kisar tadi. kacau sehingga sebati.


Kemudian masukkan serbuk lada dan chili flakes. kacau rata. selepas itu masukkan sos ikan dan gaul sehingga sebati.



Masukkan kesemua sayuran kedalam pes kimchi. dan gaul perlahan sehingga sebati.


Sediakan Kobis yang telah di jeruk tadi. Pastikan basuh kobis 2 atau 3 kali terlebih dahulu sebelum di toskan airnya.  dan sediakan mangkuk kosong untuk proses mencampurkan pes dan kobis jeruk.

Di sebabkan kitaorg tak de sarung tangan.. plastik pun boleh.. :)


 
 
 
Dengan menggunakan tangan. ambil sedikit kobis jeruk dan masukkan ke dalam mangkuk. kemudian ambil pula sedikit bahan pesa dan gaulkan bersama kobis jeruk sehingga sebati. ulang proses berikutnya sehingga bahan pesa dan kobis jeruk habis.

Selepas itu. masukkan kedalam bekas dan mampatkan. pastikan tiada ruang udara untuk mengelakkan kimchi berkulat. simpan lebihkurang 2 minggu atau lebih. selamat mencuba...






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...