Pages

KEK COKLAT MUDAH



Assalamualaikum WBT..

Kat rumah ni tak boleh tak buat kek. sebabnya lepas anak-anak balik sekolah mesti buka peti ais cari kek atau buah. selalunya diorang akan cari kek.. Buat kek coklat simple je.. sapu dengan coklat ganache dan tabur dengan choc rice. tu pun kejap je habis.. kalau kek coklat memang tak boleh simpan lama.. nak2 bila ada icecream kat dalam peti ais.. memang kejap je licin..

RESEPI KEK COKLAT MUDAH

Bahan-bahan:
250g Butter
2 Cawan Gula
4 biji Telur
1 camt Baking powder
1 cawan Serbuk Koko
2 cawan Tepung Gandum
1 peket Santan serbuk
3/4 cawan Air

Cara Membuatnya: (rujuk Gambar)

Satukan butter dan gula.

Putar sehingga kembang.

Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. putar lagi sehingga sebati.

Masukkan kesemua bahan kering. Tepung, Baking Powder, Serbuk koko dan santan serbuk. Putar perlahan.

Sambil adunan di putar masukkan perlahan-lahan air dan putar lagi sehingga sebati.

Masukkan adunan ke dalam loyang 10" dan bakar menggunakan suhu 170'c lebihkurang 45 minit atau sehingga masak.



RESEPI COKLAT GANACHE MUDAH

Bahan-bahan:
150g Coklat masakan
100g susu cair / fresh cream

Cara Membuatnya:
- satukan kesemua bahan dan cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler.



Bila kek dah masak. sejukkan kek terlebih dahulu sebelum di hias dengan coklat ganache. taburkan choco rice di permukaan kek. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...