Pages

Kek Puding Santan Gula Melaka




Kek Puding Santan Gula Melaka nama di beri.. Asalnya nak buat agar2 santan gula melaka.. tapi kebetulan barang2 dah ada depan mata.. buatnya pun tak la susah mana.. maka tercipta la kek puding ni..
.
Rasa kek puding ni sedap sangat. lagi2 bila makan sejuk2. yang ni saya buat untuk jamuan di surau taman sempena majlis ilmu yang di adakan..  Manisnya just nice.. 

Nak buat kek puding ni ada 3 langkah sebenarnya. sebab perlu buat kek.. lepas tu bahagian puding dan akhir sekali agar2 santan.. Tapi jangan risau.. mudah je nak buatnya... Jom kita semak resepi..

RESEPI KEK PUDING SANTAN GULA MELAKA



RESEPI KEK (LANGKAH PERTAMA)
Bahan-bahan:

3 biji telur sejuk
60g gula kaster / pasir halus
1 sudu makan rata Ovalette
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu makan air
70g tepung gandum
3 sudu makan minyak jagung / masak / butter cair
Cara Membuatnya:
- Satukan kesemua bahan KECUALI minyak. putar sehingga gebu, Kental dan berwarna putih.
- Masukkan minyak. gaul rata sehingga sebati.
- Alas loyang 10" x 10" dengan kertas minyak dan sapu permukaan dengan butter/majerin.
- Tuang adunan dan ratakan. bakar pada suhu 170'c selama lebihkurang 15 minit atau sehingga masak.
- Bila dah masak angkat dan sejukkan sekejap.


RESEPI PUDING (LANGKAH KEDUA)
Bahan-bahan:

50g tepung kastard
2 sudu makan serbuk agar2
100g gula
150ml susu cair
500ml air
1 biji kuning telur
Cara Membuatnya:
- Satukan kesemua adunan. masak dengan api perlahan sehingga adunan kental.
- Bila adunan kelihatan meletup.. tutup api. dan tuang perlahan-lahan di atas kek yang telah di bakar tadi.
- Sejukkan. tunggu adunan puding mengeras. (saya simpan dlm peti ais)





RESEPI AGAR2 SANTAN
Bahan-bahan:

5g serbuk agar-agar (balance dari buat puding tadi. habiskan je)
2 cawan air
100g gula melaka
2 sudu makan gula pasir
120ml santan
1 biji telur
sedikit garam
Cara membuantnya:
- Masak gula melaka dgn 2 cwn air sehingga larut. kemudian tapis.
- sediakan periuk, satukan air gula melaka tadi, agar2, dan gula pasir. masak atas dapur sehingga menggelegak. perlahankan api.
- Satukan santan dan telur. kacau sebati. kemudian tuang kedalam adunan agar2 tadi sambil adunan terus di kacau.
- masak sekejap sehingga menggelegak. adunan akan kelihatan berbintil. tutup api.
- sebelum tuang di atas adunan kastad.. lorek2kan adunan kastad menggunakan garfu / pisau terlebih dahulu.
- Tuang adunan agar2 di atas kastad. sejukkan.
- bila agar2 dah mengeras.. keluarkan dari loyang,cara nak keluarkan.. basahkan bahagian tepi (dlm loyang) dengan air. telangkupkan atas board. bukak kertas minyak.
- dah boleh potong. selamat mencuba 








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...