Pages

KEK KRIM STRAWBERRY LAICI





Kek yang sedap.. dengan rasa krim yang ringan dan tidak terlalu manis.. memang menepati citarasa kami sekeluarga.. saya ingat anak2 kurang gemar dengan rasa Laicinya.. ternyata sangkaan meleset.. mereka suka sangat dengan kek laici ni.. 

Krimnya pula.. kalau uolss nak guna sebagai filling creampuff pun boleh.. memang sedap.. 

Ok la.. jom layan resepi..


RESEPI KEK KRIM STRAWBERRY LAICI
Kek Span:
4 biji telur gred A (sejuk)
140g Gula
1 sk esen vanila
1 sb membumbung ovalette
50g air
80g tepung jangung
80g tepung gandum
1sk baking powder
50g minyak jagung / masak/ butter cair
Cara membuatnya:
- Satukan kesemua bahan KECUALI minyak/butter cair
- Putar sehingga gebu, kental dan adunan bertukar berwarna putih.
- masukkan minyak, putar sehingga sebati (sekejap sahaja)
- Masukkan dalam loyang 10" x 10" (nak tinggi guna loyang 8" atau 9")
- Bakar pada suhu 170' c selama lebihkurang 30 minit atau sehingga masak. sejukkan.


KRIM CUSTARD (nak banyak buat 2 adunan untuk custard)
1/2 cawan tepung kastard
3 sudu makan gula
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan Air Laici
350g Whipping Cream (NON DAIRY)
Cara membuatnya:
- Satukan kesemua bahan KECUALI whipping cream.
- Gaul rata dan masak menggunakan kuali atau periuk sehingga kental.
- Gunakan api perlahan dan kacau menggunakan whisk.
- Apabila adunan kelihatan meletup. tutup api dan sejukkan.
- Putar whipping cream sehingga kental. bahagi kepada 2 bahagian. 1 bahagian untuk filling dan 1 bahagian lagi untuk coating kek. (ni korang kena agak2 la ye)
- 1 bahagian satukan dengan krim custard yang telah sejuk tadi. kaup balik atau guna whisk pun boleh.
- ketepikan dan boleh sediakan kek.


STRAWBERRY / LAICI COMPOTE
Bahan-bahan
Air Laici (balance dari 1 tin)
3 sudu makan gula (nak lagi manis tambah je gula)
Laici
strawberry
Cara membuatnya:
- Satukan laici, air laici dan gula dlm pan. masak sehingga mendidih.
- kemudian masukkan strawberry. biarkan mendidih sekejap.
- Tutup api dan biarkan sejuk.

Mula menghias kek. (ikut kretiviti ye)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...