Saya adalah penggemar kuih talam.. kalau jumpa kuih talam mesti nak beli.. tapi nak buat saya agak malas sedikit.. sebab anak-anak tak minat sangat dengan kuih2 jenis lembik macam ni.. jadi kalau nak buat seloyang memang susah nak habis..
kuih talam suji ni saya buat untuk di bawa ke kelas ilmu yang saya hadiri.. memang menepati citarasa dan tekak mak-mak seperti kami ni..sedap tau.. tak caya cuba la..
RESEPI KUIH TALAM SUJI
kredit: Chef Asma
Bahan-bahan untuk lapisan bawah:
Bahan A:
180gm tepung suji @ semolina (SAYA GUNA 200gm)
450gm air

Bahan B:
220gm gula kastor
2 biji telur
250ml santan
250 air
Pewarna kuning
220gm gula kastor
2 biji telur
250ml santan
250 air
Pewarna kuning
Cara-caranya:
1.Rendam bahan-bahan A selama 30 minit.Rendam dalam periuk.
2.Satukan smua bahan-bahan B dalam bekas,kacau rata dan tapis.Masukkan dalam periuk yang mengandungi bahan-bahan A.
3.Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu.Kacau biar keras sedikit (adunan akan nampak seperti terangkat sedikit dari periuk).
4.Guna loyang 10x10x2 @3.Sapukan sedikit minyak dan lapik plastik di atas loyang supaya senang untuk mengeluarkan kuih talam.Kukus selama 25 minit.

Bahan-bahan untuk lapisan atas:
Bahan A:
300gm gula merah ( Saya guna 250gm)
50gm gula kastor
500ml air
300gm gula merah ( Saya guna 250gm)
50gm gula kastor
500ml air
Bahan B:
150gm tepung gandum
3 biji telur
250ml santan
1/2 tsp garam
150gm tepung gandum
3 biji telur
250ml santan
1/2 tsp garam
Cara-caranya:
1.Rendan bahan-bahan A sekejap untuk hancurkan gula atau anda boleh masak sehingga gula merah hancur dan sejukkan.
2.Satukan semua bahan-bahan B, kacau sehingga rata.
3.Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan tapis.
4.Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu.Jangan pekat dan jangan cair sangat.Tutup api dan gunakan pemukul telur untuk ratakan adunan.
5.Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.

No comments:
Post a Comment