Pages

KEK SARANG SEMUT






Assalamualaikum wbt. Kek sarang semut yang mudah, tak payah perap, tak payah guna mixer dan InsyaAllah menjadi.
Dulu masa kecik2 ingat lagi arwah mak saya suka buat kek ni. Bakar atas dapur guna loyang tembaga yang berat tu. Tapi tak pernah suka makan..
Dah tua-tua ni.. kek ini menjadi pilihan berbanding kek yang fancy dan bertopping dengan krim bagai. Baru tau keenakkan kek legend ini. ðŸ˜‚
Resepi kek sarang semut.
(Sukatan cawan metrik)
#masakcarasaya
Bahan-bahan:
1 cawan gula
1 cawan air panas
1/2 cawan mentega cair
3 biji telur - gred A
1 sk esen vanila
1/2 cawan susu pekat - nak manis boleh lebihkan.
1 cawan tepung
1 sk soda bikarbonat
Cara membuatnya:
- cairkan gula sehingga kelihatan perang.
- masukkan air panas dan kacau rata sehingga gula benar2 larut. Ketepikan.
- cairkan mentega dan ketepikan.
- kacau telur dan esen vanila menggunakan whisk.
- masukkan susu pekat. Kacau rata.
- masukkan mentega cair tadi.
- satukan bikarbonat kedalam tepung dan ayak.
- masukkan ke dalam adunan telur tadi. Kacau rata.
- akhir sekali tuang gula hangus tadi. Kacau sehingga adunan tidak berketul. Boleh di tapis.
- tuang ke dalam loyang. Bakar pada suhu 170'c selama lebihkurang 50 minit atau sehingga masak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...