Pages

APAM PURI



Buat kuih ni semalam petang... tapi kuih ni nama apa sebenarnya? Apam perlis ke? Apam puri?
Saya letak inti kelapa.

RESEPI APAM PURI
by: Nina Mahdar

Bahan-bahannya
1 cwn tpg gandum
1 cwn air pandan
½ cwn santan / susu cair
3 sk gula
1/2sk yis mauripan
Beberapa titik perwarna hijau
Secubit garam
CARA MEMBUATNYA:
- masukkan tepung, gula, garam dan yis kedalam mangkuk adunan.
- tuang air pandan dan santan. Masukkan perwarna dan kacau rata sehingga sebati.
- tutup adunan dan rehatkan lebihkurang 20 minit.
- sapu sedikit minyak menggunakan tisu dapur pada kuali non stick.
- tuang sesenduk adunan. Buat seperti kuih dadar.
- letak di atas acuan karipap. Isi inti dan tekan.
- buat sehingga habis.

RESEPI INTI KELAPA
1 biji kelapa parut
1 cawan melaka
2 helai daun pandan
2 cawan air
secubit garam
- didihkan air di dalam kuali.
- masukkan kelapa, gula merah, garam dan daun pandan.
- kacau sehingga sebati.
- masak sehingga kelapa menjadi sedikit kering.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...