Pages

RESEPI ROTI GOLOK



Sebelum pi kelas mengaji kita share roti golok yang pernah viral satu ketika dulu..
Saya panggil roti tinggi kalori... tengok saja la majerin di atas permukaan roti... yummehhh... saya je makan berketul ketul.

RESEPI ROTI GOLOK
BY NINA MAHDAR

BAHAN-BAHAN:
500 gm tepung roti / high protein flour
100 gm gula kastor
1 biji telur gred A
100 gm butter
100 gm susu cair
120 gm air biasa
11 gm yis (1 peket)
5 gm garam
Topping
Planta
Gula kaster + susu tepung.
Cara membuatnnya:
- satukan tepung, garam, gula, yis dan telur.
- putar atau kacau sehingga menjadi seperti serbuk roti.
- masukkan susu. Kemudian tuang air. Uli sehingga menjadi doh.
- masukkan butter dan uli sehingga adunan elastik.
- rehatkan doh lebihkurang 5 minit.
- buang angin. Timbang doh lebihkurang 70gm.
- kemudian bahagi kepada 3 bahagian. Bentukkan seperti tocang.
- buat sehingga habis. Rehatkan sehingga doh naik sekali ganda.
- sembur permukaan doh dengan air. (Tak buat pun tak apa)
- bakar suhu 160'c lebihkurang 15-20 minit. Mengikut tahap kepanasan oven masing2.
- lepas keluar oven sapu dengan butter. Biarkan sejuk.
- sapu permukaan roti dengan butter atau marjerin.
- tabur atau tekapkan pada gula yangvtelah di campur dengan susu.
- sedia untuk di nikmati.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...