Di sebabkan tak beraya sangat... hari pertama, kitaorang beraya kat tempat sendiri. Sempat la kak Nina masak rendang daging, kuah lodeh dan kuah Kacang. Malam raya tu Incik kamal ada buat ketupat. Banyak jugak ketupat dia buat. dekat 30 biji lebih. sampai sekarang setupatnya ada lagi. dalam freezer.. :)
Hari Raya ke dua Kak Nina balik jb. rumah kakak ipar. Raya ke tiga terus cabut pegi Port Dickson.. Dan bermula la percutian PD kitaorang selama 5 hari 4 malam.
Malam sebelum bercuti kak nina dah booking hotel melalui Trivago. Kak Nina memilih The GUEST HOTEL & SPA. Sebab kak nina pilih hotel ni... tak ada sebab.. main pilih je.. hahahhaha
baca Review baik-baik belaka. lagi 1 berdekatan dengan 3D Art Galery. depan jalan je.. konon2 untuk hari pertama tak nak pegi pantai dulu... nak lawat bandar-bandar PD. Tapi akhirnya kecundang bila kitaorang anak beranak pengsan dalam bilik hotel. mengantuk sangat-sangat. :)
Family Room. 1 katil Queen dan 2 single bed. Besar, bersih dan selesa. Memang puas hati booking bilik ni. Harga 1 malam untuk Family Room ni RM305.00 Include breakfast 4 orang. Lepas tu kitaorang tambah lagi utk sorang kanak2 bayo RM9 je.
Perkara wajib lepas check in.. cari kolam renang dulu.. Kolam Renang hotel ni Indoor kat tingkat 1. Tapi ya ampun punya la comel kolam renangnya.. mcm kolam ikan je.. hehehe..
Kolam untuk kanak-kanak memang kecik. nasib la masa kitaorang check in tak ramai guest menginap kat hotel. dapat la budak2 ni berkuak lentang bagai. yang sebelah sanaaaa tu kolam renang untuk dewasa.. Boleh tahan jugak keciknya berbanding Size kolam hotel lain.. hihihi
Kak Nina tengah bersantai sambil jaga anak-anakku berenang.. serammm nak tinggalkan diorang masuk kolam..
Muka pagi-pagi sembab gila. sebab malam tu makan meggi je. Breakfast Buffet tak banyak pilihan. tapi sedap.
Pengsan.. Lepas breakfast sambung berendam kat kolam. naik2 je menggigil nak nyennyen..
Yang bagusnya tentang hotel ni kan..Hotel ni di kelilingi kedai-kedai dan kemudahan lain. Sebelah hotel ada Pasaraya Giant. jalan kaki dah sampai. memang kalau ko kebulur malam-malam.. senang je nak cari kedai makan. Sebelah sinun pulak ada dobi layan diri.. lepas tu yang paling best berdekatan dengan Pasaraya TESCO. patut la Giant tu macam mati segan hidup tak mau.. heheheh
Tapi yang tak bestnya hotel ni jauh dari kawasan pantai. tu je... ala.. tak la jauh mana.. kalau nak pegi pantai teluk kemang tu dalam 25 minit je.
No comments:
Post a Comment