Harga untuk Apartment 2 Bedroom ni RM190 je include breakfast untuk 3 orang. murah kan. Kitaorang tambah RM24 untuk breakfast 2 orang kanak-kanak. tapi bayar kat kaunter sebelum breakfast.
Tempat ok. Bersih. ada 2 bilik. toilet 1, ruang tamu.. pantry. nak kata dapo kecik sangat. Ada peti ais. water heater.. pendek kata untuk rakyat marhaen macam kitaorang ni dah bersyukur dapat bilik macam ni. kah..kah..kah..
ni bilik tidur utama. kak nina pilih 2 single bed. ekon dia sejuk. tapi tilam dia errrrr...keras.. macam spring dah nak tekeluar dah..
pemandangan dari balkoni apartment kitaorang.
Aktiviti wajib lepas check in.. Mandi kolam la. Anak-anak kemain seronok mandi kolam kat sini. siap ada pool slide lagi walaupun kena beratur panjang.
Kat Glory beach ni ada Penyu tau. tapi kesian pulak tengok penyu ni. Dah la sekor je. tempat penyu tu macam tak terurus lak tu. Orang ramai lebih tertumpu mandi kolam dari tengok penyu.. Ko ingat senang nak tengok penyu live. Sakit tekak kak nina panggil anak-anak tengok penyu.. tak di layannya.. Siap ugut kalau tak tengok tak boleh mandi kolam.. kejam tak? last2 tengok la jugak.. tapi tengok secara terpaksa.. dah tengok terus blah.. bertuah sungguh..
kat sini Ada mini zoo lain. boleh la tengok Haiwan kura-kura, Arnab.. ikan gergasi.. tapi sampai check out tak pernah nampak ikan gergasi.. Air bekeladak gila.. macamana nak tengok..
Nak suruh abang Adam bawak gi mana ntah.. Kak Nina tak minat sungguh nak mandi kolam kat sini.. air dia.. Ya Ampun... Rasanya kalau tengok betul2 ikan pun ada agaknya dalam kolam ni... segala daun kering..daun tak kering.. ranting kayu.. pasir.. apa lagi... semua ada dalam tu.. Risau je kalau iman terminum air kat kolam tu. tapi tak pe.. janji budak-budak seronok.
Jalan depan sikit dari kolam dah boleh nampak pantai. Kak Nina bawak iman main pasir kat sini. Oh yang nampak macam rumah panjang ni Grand Lexis hotel 5 bintang yang punya.. Mampu tengok je la..
Kak Nina naik awal sikit sebab nak sediakan juadah makan malam. kebetulan kak Nina memang ada bawak periuk nasi. Dari Sardin, Telur, Ayam goreng tu semua masak guna periuk nasi. Tapi seksa la jugak.. Menyesal tak bawak Dapur gas portable tu.
Lepas makan memang kitaorang tak plan nak keluar merayap. budak2 nampak penat sungguh. Kak nina pun tidur awal. Lepas solat Isyak tu terus tido tak bangun-bangun dah. Rupanya-rupanya semua pakat tidur awal. Sedar-sedar je dah subuh. tu nasib tak telajak..
8am tu turun breakfast kat sebelah bangunan. Breakfast dalam khemah ko. masa tu pulak hujan. siap air jatuh menitik kat lantai. dekat meja lauk lak tu. ingatkan air apa.. khemah bocor rupanya.. Tapi yang bestnya menu breakfast banyak pilihan dan sedap-sedap semuanya.
Station lemang dengan rendang pun ada...
Rasa macam makan kat kenduri kahwin.. :)
Lepas makan sambung lagi jenjalan kat pantai. sebelah khemah je. tapi masa ni hujan renyai-renyai.. jadi tak boleh main lama-lama kat pantai.
Sebelum heck out berendam lagi dalam kolam. Sambil tu cuba aktiviti memanah pulak. RM10 untuk 25 anak panah. lenguh jugak tangan nak habiskan.
Dah puas berendam dalam kolam.. Main-main pasir kat pantai.. lari balik berendam masuk dalam kolam.. bosan dalam kolam lari gi pantai pulak... muka pon dah naik hitam. sunburn. Moh ler kita balik... Nak check in hotel lain pulak.
No comments:
Post a Comment