Pages

BOMBOLONI RED VELVET

 





RESEPI BOMBOLONI RED VELVET (gandakan adunan jika nak buat banyak)

Bahan-bahan: 250g Tepung High Protein 50g Gula Halus 5g Instant Yis 1 biji Kuning Telur (gred B) 90g Air 3g Garam 1 sb Red Velvet Paste 40g Marjerin Dusting Powder/donut powder Cara Membuatnya: - Satukan Tepung, Gula, Yis dan kuning telur ke dalam mangkuk adunan. - Masukkan garam dan red velvet paste ke dalam air. - Putar adunan tepung sehingga sebati kemudian tuang air perlahan-lahan ke dlaam adunan tepung. - Uli sehingga adunan menjadi doh. - Masukkan Marjerin dan putar lagi sehingga adunan menjadi doh yang elastik. (apabila di tarik tidak koyak dan putus) - Timbang doh seberat 45gm dan bulatkan. - Tutup dan Rehatkan selama lebihkurang 30 minit atau sehingga doh mengembang sekali ganda dari size asal. - Panaskan minyak di dalam kuali menggunakan api kecil. - Bila Minyak dah panas masukkan bomboloni dan goreng sehingga keperangan. - Angkat dan toskan minyaknya. Biarkan bomboloni sejuk. - salutkan keseluruhan bomboloni pada Dusting powder. - Buat lubang dan boleh lah paipkan cream cheese filling ke dalam bomboloni. RESEPI CREAM CHEESE FILLING bahan-bahan: 150g cream Cheese 100g susu pekat 1 cawan Non dairy Whipping Cream Cara membuatnya: - Putar cream cheese dan susu sehingga krim cheese lembut. - masukkan whipping cream dan putar lagi sehingga krim menjadi kental dan gebu. - Masukkan ke dalam piping plastik. - sedia untuk di gunakan.









SWISSROLL PANDAN EKONOMI
Bahan-bahan: 3 biji Telur - Gred A 50g Gula Kaster 15g Ovelette 50g tepung Kek 1 sk Baking Powder 1 sk pandan paste 1 sk perwarna hijau 50g Minyak jagung/Masak Filling: 150gm Non Dairy Whipping Cream (putar sehingga kental) Cara Membuatnya: - satukan kesemua bahan KECUALI minyak ke dalam mangkuk adunan. - Putar sehingga menjadi kembang dan gebu. warna bertukar menjadi hijau pucat. - Bila adunan dah kembang. masukkan minyak. putar sebentar sehingga minyak sebati. - Kemudian kaup balik adunan sehingga bergaul rata. - Tuang ke dalam loyang 10 x 10 yang telah di alas kertas minyak. - Bakar suhu 170' selama 25-30 minit mengikut kepanasan oven masing-masing. - Bila dah masak.. sejukkan kek. - Letak topping dan gulung. sejukkan sebelum di potong.


 




DONUT PINTAL
By: Nina Mahdar

Bahan-bahan:

400 g Tep High Protein 5 g / 1sb instant yis 1 sk Bread Improver (optional) 40g Gula 2 sb Susu Pekat 200 g Air Sejuk 50 g Maejerin Cara Membuatnya: - Masukkan tepung, yis, bread improver, gula dan susu pekat ke dalam mangkuk adunan. - uli sebati. masukkan air perlahan-lahan. - Uli sehingga menjadi doh. - Kemudian bila dah jadi doh masukkan butter/marjerin dan uli lagi sehingga menjadi doh yang elastik. - Timbang dan Bahagi doh seberat 50g. - Bulatkan dan rehatkan selama lebihkurang 20 minit. - Taburkan sedikit tepung di atas permukaan meja. - Ambil doh dan mula membentuk doh panjang seperti tali sepanjang lebihkurang 50cm. - Bentukkan doh (seperti dalam video) - Buat sehingga habis. Rehatkan semula doh yg telah di bentuk sehingga naik 2 kali ganda dari size asal. - Goreng dengan minyak panas menggunakan api perlahan sehingga keperangan. - Sejukkan sebelum menyakut gula pada donut.

KEK KELAPA PANDAN



 

KEK KELAPA PANDAN

BY: Nina Mahdar

Bahan-bahan:

4 bj Telur 170g Gula Pasir Halus 20g / 1sb Ovalette 160g tepung kek 1 sk Baking Powder 100g Santan Kotak 1 sk Perwarna Hijau 1 sk Pandan Paste 50g minyak Jagung/masak 50g Kelapa kering Cara Membuatnya: - Masukkan telur, gula dan ovalete ke dalam mangkuk adunan. - Putar sehingga kembang dan berwarna putih. - Masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak. - putar sehingga adunan menjadi kental. - kemudian masukkan santan, perwarna hijau dan pandan paste. - Putar sebentar sahaja sehingga adunan sebati. - Masukkan pula minyak. - Kaup balik adunan menggunakan spatula. - Akhir sekali masukkan kelapa kering. kaup balik adunan sehingga menjadi sebati. - Tuang dalam loyang berukuran 8" yang telas di alas kertas minyak. - Ratakan dan tabur sedikit kelapa kering di atas permukaan adunan kek. - Bakar suhu 170'c selama 25-30 minit mengikut kepanasan suhu oven masing-masing. - Sejukkan sebelum di potong.




RESEPI PUDING ROTI MARBLE

 





RESEPI PUDING ROTI MARBLE
by: Nina Mahdar

Bahan A:
5 keping Roti
1 sk Esen Vanila
2 biji Telur - Gred B
1 tin/ 400g Susu Cair

Bahan B:
600ml Air
1 peket / 10g Agar-agar
1 cawan Gula

Bahan C:
1 sudu kecil perwarna pink
1 sudu kecil perwarna kuning
1 sudu besar serbuk koko

Cara Membuatnya:
- Masukkan bahan A kedalam blender. Kisar sehingga halus. ketepikan.
- Masukkan bahan B kedalam periuk. masak mebggunakan api sederhana besar.
- Masak Bahan B sehingga mendidih kemudian tuang Bahan A.
- Kacau sebati dan masak sehingga adunan menjadi sedikit pekat.
- Bahagi adunan kepada 3 bahagian.
- 1 bahagian warnakan pink, 1 bahagian warnakan kuning dan 1 bahagian lagi campurkan serbuk koko. kacau rata.
- Basahkan loyang berukuran 7".
- Tuang adunan pink sebanyak 3 sudu makan. tuang di bahangian tengah loyang.
- Kemudian ambil pula 3 sm adunan kuning dan tuang di atas permukaan pink.
- Ambil pula adunan coklat 3 sm. tuang di atas adunan kuning.
- Buat berselang seli sehingga adunan habis.
- Akhir sekali. ambil lidi dan lorekkan permukaan puding mengikut kreativiti masing2.
- Masukkan ke dalam peti ais sehingga puding mengeras.
- potong dan hidangkan ketika sejuk.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...