Nasi Lemak Simple tak ada timun namanya.. hanya menggunakan bahan2 yang ada di dapur sahaja.. Santannya pun saya tukar ke susu cair sebab masa buat ni.. rasa malas sangat nak keluar kekedai nak beli santan. Anak-anak pula teringin nak makan nasi lemak.. nasib baik la ada susu caire.. kalau tak memang tak jadi nasi lemak..
Biasanya bila buat nasi lemak.. saya akan buat lebih untuk sambalnya.. Nak frozenkan..
Yang ni pun kena goreng lebih. sebab anak-anak suka ratah ikan bilis dan kacang..
RESEPI NASI LEMAK SIMPLE
Bahan-bahan:
3 cawan Beras - cuci bersih dan toskan airnya
1 cawan susu cair
2 cawan air
2 biji bawang merah - hiris halus
2" halia - di hiris halus
1 batang serai
garam dan sedikit gula
2 sudu minyak makan
Cara membuatnya:
- Satukan kesemua bahan di dalam periuk nasi.
- Masak menggunakan rice cooker seperti biasa.
- Bila air dah kering dan nasi dah masak kacau perlahan-lahan menggunakan garfu agar nasi tak patah.
- Hidangkan bersama sambal dan bahan sampingan lain.
RESEPI SAMBAL TUMIS
Bahan-bahan:
Segenggam penuh cili kering - bersihkan dan rebus sehingga lembut. toskan airnya
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
2 biji bawang merah - di hiris
6 ulas bawang putih
setengah genggam udang kering.
1/2 batang gula merah
garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air asam jawa
Cara membuatnya:
-Masukkan Bawang merah, Bawang besar, cili kering dan udang kering ke dalam blender. tuang sedikit minyak ke dalam blender untuk mengantikan air.
- Kisar sehingga halus.
- Panaskan minyak di dalam kuali. saya suka menggunakan periuk. senang nak tutup. dapur pun tak berkecah sangat bila masak sambal.
- Tumis bahan kisar tadi sehingga garing. kemudian masukkan air asam jawa. tutup periuk.
- Bila sambal kelihatan garing masukkan gula merah. masak sehingga gula merah larut..
- Masak menggunakan api perlahan.
- Perasakan dengan garam dan gula. bila sambal kelihatan garing dan terbit minyak di bahagian atas. masukkan bawang merah yang di hiris halus.
- Tutup periuk / kuali tadi. masak sehingga bawang layu. angkat dan sejukkan.
No comments:
Post a Comment