Assalamualaikum wbt Sahabat....
Mooncake ni dah banyak kali buat baru nak post gambar dan resepi.... sebenarnya saya malas nak mengarang ayat kat blog sebab tak tau nak mula dari mana... kalau di ikutkan.. Proses pembuatan mooncake ni mudah je.. tapi nak tunjuk cara-cara membuatnya kat blog secara lisan ni susah pulak... Sebab nampak mcm banyak stepnya.. tapi kalau dah buat.. tak la banyak mana.. senang je...
Inti mooncake saya gunakan Red Bean Paste dan Pandan Lotus je.. nak dapat filling kat kedai jual bahan bakery agak payah sebab bukan musim kan.. dapat 2 ni je.. Tapi anak2 lebih suka makan yang red bean.. ada juga saya letakkan filling egg yolk.. tapi anak2 tak layan.. Saya pun tak berapa suka sangat..
Untuk kulit mooncake.. saya tak suka nipis sangat.. rasa macam makan inti je kan.. kalau dapat pure lotus sedap juga.. di sebabkan kitaorang tak suka sangat makan pandan lotus tu.. jadi saya pelbagaikan.. campurkan sedikit kuaci panggang.. terpulang kat uolls nak letak filling apa pun..
Mooncake yang telah di simpan di dalam kedap udara selama 3 hari... Nak buat mooncake ni dah siap bukan boleh makan terus. seeloknya simpan dalam bekas. sebab makin lama di simpan mooncake akan kelihatan berminyak.. lembut dan berkilat.
Perkara pertama yang ulos perlu buat adalah menyediakan sugar syrup. Sugar Syrup atau Golden Syrup antara bahan utama dalam pembuatan Mooncake...Malas nak buat uolls beli je golden syrup kat kedai... Tu saya buat banyak.. sampai sekarang tak habis lagi....
Maltose pula adalah bahan sampingan yang di gunakan dalam pembuatan sugar syrup.. yang ni saya beli dari kedai bahan bakery.. Tapi masa nak guna tu saya jadi was-was.. belek punya belek... tak ada tanda Halal langsung.. Halal china pun tak ada.. dah sudah.... Nak rasa memang saya tak berani.. bila pegang mcm golden syrup tapi lebih pekat dari golden syrup.. Ala2 gula tarik gitu....
Akhirnya saya tukarkan Maltose tu kepada ibu gula.. kah,,kah,,kah,, pandai2 je kan bagi nama Ibu Gula..sedap sikit dari Bapak Gula.. ha ko.... padahal sugar syrup je pon.. tapi lagi gelap dan pekat...
(tapi kalau tak ada maltose ni pun tak pe..korang abaikan je. mooncake uolls tetap jadi..)
step pertama:
RESEPI HOMEMADE MALTOSE / IBU GULA
Bahan-bahan:
1/2 cawan gula pasir
3 sudu makan air
hirisan lemon
Cara Membuatnya:
- Cairkan gula sehingga perang. masukkan air dan hirisan lemon.
- Biarkan seketika di dalam periuk.
Step kedua:
RESEPI SUGAR SYRUP /GOLDEN SYRUP
Bahan-bahan:
500g Gula Kastor / Pasir
300g Air
1/2 biji hirisan lemon
1/2 tsp garam
Cara Membuatnya:
- Dalam periuk yang sama (IBU GULA), masukkan gula kastor dan bahan-bahan lain.
- Masak sehingga adunan gula kelihatan memekat..
- Cara nak tau adunan tu dah boleh dah memekat ialah...
- Ambil semangkuk kecil air paip. tuang setitik atau beberapa titik yang uols nak ke dalam air tersebut. Bila adunan tidak merebak.. maka selesai la penantian uols. biarkan air gula sejuk sebelum di gunakan..
Step ketiga:
RESEPI MOONCAKE
Bahan-bahan:
200g Sugar Syrup / Golden syrup
70g Minyak Kacang
8g Alkaline Water / Air Abu
250g Tepung kek / Low Protein Flour
FILLING:
- salted egg yolks (kuning telur masin) - ambil kuning dan di kukus
- Lotus seed paste
- Red bean
Cara Membuatnya:
- Masukkan Sugar Syrup ke dalam mangkuk adunan.
- Kemudian masukkan minyak kacang.
- Masukkan pula air abu / alkaline water.
- Kacau sebati.. Akhir sekali masukkan tepung dan garam.
- Kacau adunan menggunakan senduk kayu. Adunan akan kelihatan lembik sedikit.
- Bila adunan dah sebati. bungkus adunan menggunakan wraping plastic dan rehatkan selama 1 jam..
Dah rehatkan.. boleh bahagi adunan kepada beberapa bahagian.. adunan perlu di timbang ye..
- Timbang Inti / filling seberat 45gm. Terpulang uols nak guna inti apa.
- Saya campurkan inti dengan kuaci panggang.
- Untuk kulit pula timbang seberat 35gm.
**
Bab ni uols kena tengok acuan uols.. kalau acuan uols besar.. atau uols suka mooncake yang tebal.. uols lebihkan je berat filling dan kulit tu.. terpulang..
Kulit MoonCake - 35g
Inti Mooncake - 45g
kalau uols nak balut kuning telur menggunakan filling. pastikan seberat 45g...
** Kukus kuning telur maasin terlebih dahulu ye. nak rebus pon boleh..
- Mula membentuk mooncake. SEDIAKAN TEPUNG UNTUK DI SAPU PADA ACUAN.
- meja saya alas dengan plastik. senang bila nak leperkan adunan kulit mooncake.
- Ambil adunan kulit yang telah di timbang tadi. letak di atas plastik. kemudian tutup dengan plastik dan leperkan.
- buka plastik. masukkan filling dan bungkus atau balutkan doh bentuk membulat.letak di atas meja.
- Ambil acuan mooncake. taburkan dengan sedikit tepung. Tekan perlahan sehingga corak kelihatan pada mooncake.
- Angkat dan susun di atas dulang pembakar.
Budak ni yang bertanggungjawab membentuk mooncake.. lepas tu berebut-rebut dengan adik dia nak buat. padahal acuan ada sebijik je... last2... i halau semua keluar dapur... "keluar pi tengok tv"!!.....
hasil kerja bila ko tengah buat lepas tu kakak ko pi berebut nak tekan sama....
Dah siap semuanya susun atas dulang pembakar... Bakar mooncake pada suhu 180'c selama lebihkurang 10-15 minit atau sehingga sedikit perang.
Bab ni ada yang sembur dengan air sebelum bakar untuk mengelakkanmooncake daripada merekah. Tapi.. saya tak buat.. sebab adunan yang saya buat sedikit lembik.. jadi tak perlu sembur.. dan memang tak merekah langsung... TAPI... kalau uols was-was... Sila.. sembur dengan air ye.. Sembur guna botol spray...
Rehatkan seketika (lebihkurang 5 minit) sebelum permukaan mooncake di sapu menggunakan egg wash.
Sapu permukaan mooncake menggunakan kuning telur.
(sebiji kuning telur + 1sk susu)
Selepas itu bakar semula pada suhu 180'c selama 15 - 20 minit mengikut oven masing2.
Sejukkan dan rehatkan mooncake di dalam bekas kedap udara selama lebihkurang 2 - 3 hari sebelum di hidang...
sekian...
Assalamua'laikum
ReplyDeleteTerima kasih di atas resepi kuih bulan.Terperinci cara membuatnya =) InsyaAlla, nanti boleh cuba buat.
Etrima kasih resepinya. Semoga dilimpahi rezeki ye
ReplyDeleteAmin. Terima kasih 😊
Delete😍😋sis ada jual tak?
ReplyDelete😍😋sis ada jual tak?
ReplyDeleteMaaf tak ada. 😊
Deletekalau tak letak air abu tak pe ke?
ReplyDeleteKena letak supaya moon cake jadi sedikit kenyal dan kilat. Dan tahan lama jugak.
Deletemne nk cr air abu dn myk kacang?
ReplyDeleteAir abu dan minyak kacang boleh cari kat kedai bahan jual kek. Minyak kacang kat pasaraya ada jual.
Deletemne nk cr air abu dn myk kacang?
ReplyDeleteMinyak kacang boleh guna minyak jenama knife. Lepas tu air abu cari kat pasaraya atau bahan jual kek
DeleteSy cri air abu xjumpe pon...klau xletak ok ke?
ReplyDeleteKat pasaraya ada jual. Kat kedai bahan kek pun ada jual
DeleteHi..berapa lama tempoh luput mooncake kalau tak simpan dlm peti sejuk.
ReplyDelete3 minggu suhu bilik.
Deletemaaf nak tanya, air abu tu biasa kalau kat kedai bakery, dia akan letak dekat bhagian mane sbb sye x pernah taw pasal air abu ney..
ReplyDeleteKat bahagian botol2 kot. Cuba tanya pekerja kedai. Kata air abu nak buat mooncake.
DeleteAlhamdulillah nanti mencuba
ReplyDeleteSambil mkn mooncake, sambil baca resepi.
ReplyDeleteBaru sy phm mcmna buat mooncake ni.
Ingat susah sgt nk buat mooncake ni.
Bahannya yg susah nk cari, nanti nk usha2 kt kedai.😅
Nampak mcm susah. Tapi bila buat senang je. 😊
Deletetq resepinya.Sy save ya!
ReplyDeleteSama2
DeleteTinggi suhu dia.. 180 degree.. Oven apa ya.. Sy buat kuli jd kembg dn bunga xcntik
ReplyDeleteTerima kasih resepi moon cake
ReplyDelete