Pages

KEK BUAH BAKAR MUDAH




Assalamualaikum selamat Hari Raya Aidilfitri kak Nina ucapkan.

Sebenarnya dari minggu-minggu lepas kak nina teringin sangat nak makan kek buah bakar. tak de la suka sangat makan kek buah ni.. cuma teringin...  Tapi tak berkesempatan nak buat..

Semalam tetiba di rasuk Jin Rajin.. Terus melompat keluarkan bahan-bahan nak buat kek. ni kalau lengah-lengah takut bulan depan kang baru kek buah ni siap.

Kak nina buat kek ni guna resipi butter cake je. cuma kuantiti gula kak nina kurangkan dan tukar ke gula perang. Lagi 1 kak nina tak letak buah-buahan campuran yang banyak dalam kek ni.. Sebabnya.. kak nina menyampah nak kutip buah-buah kat tepi pinggan. tu nasib baik kat tepi pinggan.. kadang2 tepi bucu meja pun ada.. stress mak hokay.. Budak-budak tak suka makan.


Jom Layan Resepi Kek Buah Bakar yang simple.

RESEPI KEK BUAH BAKAR

Bahan-bahan
1 ketul Butter (220g / 250g)
170g Gula Perang
4 biji telur
1 camt Esen Vanila
2 sudu makan orange Sunquick
1 camt baking Powder
1 camt Soda Bikarbonat
1/2 camt Garam
230g Tepung Gandum
250g - 300g Buahan kering campuran + 2 sudu makan tepung gandum (di gaul bersama)

Cara membuatnya:


- Satukan 2 sudu makan tepung gandum dan buah-buahan kering campuran terlebih dahulu. gaul rata. ini bertujuan supaya buah tidak mendap ke bawah kek.
- Putar butter dan gula sehingga kembang. kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. putar rata.
- Masukkan 2 sudu makan sunquick gold dan esen vanila.
- Satukan Soda bikarbonat, garam dan baking powder ke dalam tepung gandum.
- Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum ke dalam adunan butter sambil terus di putar perlahan.
- Akhir sekali. masukkan buah-buanan campuran dengan menggunakan kaedah kaup balik.
- Masukkan ke dalam loyang. ratakan.
- Tabur buah-buahan campuran dan badam cincang di atas permukaan adunan kek.
- Bakar menggunakan suhu 170'c selama lebihkurang 45 minit ke atas atau sehingga masak.
- Sejukkan sebelum di potong.








6 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...