Assalamualaikum Wbt...
Kek Pandan Kelapa Gula Melaka nama di beri.... sebenarnya kek ni kan... tak de plan nak buat langsung.... tetiba je kan..... Alkisahnya... bila saya beli kelapa parut 2 bijik. lepas tu beli gula melaka 1 blok.. Lepas tu beli daun pandan pulak.. Hajat di hati nak buat Onde-onde Gula Melaka.. tapi tu la.. bila dah beli kelapa bagai... buatnya tak juga.... sumbat semua dalam peti ais... kelapa dlm frezer membeku 2 hari.. hihihi...
Eh..eh.. lepas tu tukar fikiran pulak.. nak buat Kek Pandan Layer la... semangat dah buat kek ni.. dah siap bakar.... Ingatkan stok agar2 masih ada.. kemain selongkar gerobok...tak jumpa... bila kau dah semangat nak buat kek.. tetiba bahan penting tak ada.. semangat tu terbang melayang2.. baik la... Wrap masuk dlm peti ais.. landing kat sofa.. tengok cerita korea... melekat la bontot kat sofa tu sampai pengsan....
Sambung pulak keesokkan harinya.. kah..kah..kah.... Bila bukak peti ais.. terpandang si kek pandan ni.. mintak di kerjakan... :) lagipun daun pandan tu.. kesian.. sampai kering dalam peti ais.. Dah tawar hati nak buat pandan layer.. tetiba teringat kelapa kat dalam frezzer.. boleh pulak ternampak gula melaka tu.. maka terhasil la kek ini..
Kek pandan gula melaka ni dah lama orang buat sebenarnya dan ada macam-macam versi.... ada yang coating dengan italian buttercream.. ada yang guna buttercake... eh.. macam2 la.... Tapi versiku....Dengan menggunakan 3 jenis kelapa.. Kelapa Parut.. Kelapa Kering dan Coconut Flakes... dan Hasilnya terima la... Kek Pandan KELAPA Gula Melaka.. ok bai....
KEK PANDAN KELAPA GULA MELAKA
KEK SPAN PANDAN
Bahan-bahan:
4 biji telur
150g gula kaster
1 camt double action baking powder
1 paket Santan serbuk
160g Tepung gandum
1 sudu makan ovalette
50g air pandan - blender pandan dan tapis
sedikit perwarna hijau
50g minyak jagung
Cara Membuatnya:
- Satukan kesemua bahan KECUALI minyak Jagung.
- Putar sehingga gebu dan kembang. Kemudian masukkan minyak. dan putar sebati.
- Tuang ke dalam loyang dan bakar selama lebihkurang 45 minit atau sehingga masak.
- Keluarkan dari loyang dan sejukkan di atas redai.
Untuk inti kelapa uols boleh buat separuh adunan je. Sebab sy tak guna semua inti kelapa. Just taburkan sedikit di atas kek. Rujuk pic.
RESEPI INTI KELAPA
Bahan-bahan:
2 cawan kelapa parut
200g gula melaka - kurangkan ke 150g jika tak nak manis
150g air
Daun pandan di simpul
Cara Membuatnya:
- Goreng tanpa minyak kelapa parut sehingga kering. BUKAN perang, sehingga kering dan ringan.
- ketepikan...
- Kemudian cairkan gula melaka.. masukkan daun pandan. Bila dah cair,, masukkan kelapa patut tadi.
- Dan kacau sehingga sebati. angkat dan sejukkan.
CREAM CHEESE COATING
Bahan-bahan:
150G creamcheese
350g Whipping Cream - Non Dairy
Cara Membuatnya:
- Putar creamcheese sehingga lembut dan berkrim.
- Masukkan whipping cream. putar lagi sehingga kembang dan pekat.
PENYEDIAAN KEK.
- Potong kek kepada beberapa Lapis.
- Ambil sedikit adunan krim. ratakan di keseluruhan kek.
- kemudian taburkan filling kelapa... taburkan agak2. Jika taburkan semua kek akan menjadi manis...
- Buat sehingga habis.
- Coating keseluruhan kek menggunakan lebihan krim.
- Hias kek menggunakan kelapa kering yang telah di warnakan dengan perwarna hijau.
nampak sedap sgt kek ni Nina :)
ReplyDeletenampak sedap sangatt :)
ReplyDelete