Pages

KUIH BOM BIJAN INTI KACANG MERAH



Kuih Bom ni boleh di katakan selagi tepung pulut tak habis kat rumah.. selagi tu la hari2 kena makan kuih ni.. Anak-anak suka sangat makan kuih ni. tak tau sebab apa.. mungkin sebab bijan yang ada kat kuih tu kot rangup bila di makan.. kadang2 tu bosannya lahai nak goreng... tapi bab mengentel kerja anak-anak la.. sekali je saya tunjuk diorang dah boleh buat.. tapi bab menggoreng nak tak nak saya juga yang kena buat.. memang saya tak bagi anak-anak kalau bab menggoreng ni,, takut...

Kuih ni tak meletup pun bila di goreng.. dah buat banyak kali dah.. tak meletup.. jangan risau.. :) Inti saya beli yang readymade je kat kedai bahan bakery.. lagi sedap kalau buat sendiri.. uolls kalau rajin.. buat sendiri k.. kalau malas... buat mcm saya.. beli je... nak letak inti apa pun sukahati uolls.. inti kacang tanah  pon sedapppp..



RESEPI KUIH BOM BIJAN

Bahan-bahan:
2 cawan  tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1 sk garam
2 sudu makan gula
1 cawan air - atau lebih.
Bijan - untuk salutan
minyak untuk menggoreng 
kacang merah - untuk inti

Cara membuatnya:
- Satukan tepung pulut, tepung gandum, gula dan garam. gaul sebati,
- Masukkan air sedikit demi sedikit. uli sehingga menjadi doh.
- Ambil Sedikit adunan sebesar bola pingpong. leperkan dan masukkan inti. bulatkan
- Kemudian golek-golekkan ke dalam bijan sehingga bijan menyelaputi keseluruhan kuih.
- Goreng dlm minyak sederhana panas sehingga kekuningan.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...