Pages

TIRAMISU MILLE CREPE




Enaknya Tiramisu Mille Crepe ni.. sebenarnya mille crepe ni hadiah Elisya sempena harijadi saya yang lepas. Mula2 dia nak buatkan kek.. tapi terasa nak makan mille crepe pula.. lagipun tak perlu gunakan oven.. kalau dah start guna oven. akhirnya jadi kerja saya.. jadi saya suruh dia buat lempeng je.. lempeng versi hipster kekdahnya..

Meh la layan resepi Mille Crepe ni.. 


RESEPI TIRAMISU MILLE CREPE

Bahan-bahan: 
5 biji telur
100g Susu pekat manis
200g tepung kek
1 sk garam
100ml nescafe 3in1 (di bancuh)
400ml susu Uht
1 sudu makan cappucino paste
2 sudu makan butter cair

Cara Membuatnya:
- Satukan telur dan susu pekat. gaul menggunakan whisk sehingga sebati.
- Kemudian masukkan tepung. masukkan pula 100ml nescafe yang di bancuh tadi. kacau sebati.
- Tuang susu perlahan-lahan sambil aduna terus di gaul. masukkan butter cair dan esen cappucino.
- Tapis adunan.



Cara membuat kulit crepes:
- panaskan kuali non stick.
- Tuang sesenduk adunan crepe. ratakan.
- tunggu sehingga adunan kelihatan menggelembung.
- kemudian terbalikkan crepe tadi.  masak seketika. angkat dan letak di atas pinggan rata.
- Buat sehingga adunan habis. 


Bahan-bahan Krim
250g creamcheese
150g susu pekat manis - kalau kurang tambah je
250g non dairy whiping cream
serbuk koko untuk menghias

Cara Membuatnya:
- Satukan bahan2 krim. putar sehingga adunan kembang dan sebati.
- letak sekeping kulit crepe di atas papan kek.
- Ambil lebihkurang 2 sudu makan adunan krim. sapu di permukaan kulit crepe.
- kemudian ayakkan serbuk koko di atas permukaan krim.
- Tutup menggunakan kulit crepe. ulang langkah berikut sehingga kulit  crepe habis di susun.
- Akhir sekali tutup keseluruhan permukaan crepe menggunakan lebihan krim. dan ayakkan serbuk koko di atasnya.
- sejukkan semalaman sebelum di hidang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...