Pages

DONUT LABU / PUMPKIN DONUT & PAU KACANG


Assalamualaikum kesayanganku..
Semalam i buat Donut dan pau kacang untuk di bawa ke Surau taman ni.. ada bacaan yassin kat surau... Tetiba datang idea nak buat Donut labu sebab tengok labu kat dalam peti ais tu.. dah nak mengecut dah... 

sedap juga.. rasa tak de la rasa labu sangat.. bila dah salut dengan gula... dah rasa donut dah.... ^__^ ni la jadinya bila labu di improvasikan menjadi donut.. tak tau dah apa rasa.... :)


Ni namanya donut jerawat batu.... ko jangan ikut style akak dek... i goreng api kuat sebab dah lambat nak pi aerobik.... tapi tak pe.. nanti kita kita bagi bedak sikit.... kasi flawless sama ini donut.... 



Alang2 dah buat donut.. 1 adunan... buat kuih pau inti kacang hitam ready made.. express...  akak ni memahami tau citarasa ahli2 surau tu... keh..keh..keh.... donut2 salut gula ni.. budak2 suka la.. ayah2 dan mak budak... i buat kan special.. pau jerawat batu adik beradik kepada si donut bejerawat kat atas tu... yang ni memang tak boleh kasi flawless.. i redha je..

korang kalau nak goreng sila bersabar..api tu jangan kuat sangat... goreng api sedang2 je.. sebab masa dalam kuali nanti donut atau pau akan naik perlahan2.... mengembang.. tapi kalau ko lambat nak pi aerobik.. ikut je mcm akak.. goreng api besar.... yeah.. high five...



RESEPI DONUT LABU

Bahan-bahan:
250g puri labu - di kukus terlebih dahulu dan lenyek sehingga halus
500g Tepung gandum
1 peket yis segera
20g gula
1 sudu kecil garam
1 biji telur
50g shortening
20g pelembut roti - Optional
50g susu cair / uht
100g air - agak2 sehingga adunan menjadi doh
30g minyak

Cara membuatnya:
Ini labu... kenal tak labu anak-anak? 

kukus labu sehingga lembut dan empuk. lenyek sehingga menjadi puri labu.


1. Satukan kesemua bahan kering.. Tepung, gula, garam, yis, pelembut roti jika guna, shortening
2. Kemudian masukkan telur. gaul sehingga sebati.
3. Masukkan Labu suam.. kacau rata.
4. Masukkan susu cair kemudian tuang air perlahan-lahan sambil adunan terus di putar dan uli sehingga menjadi doh. JANGAN tuang air sekaligus ye. tuang sedikit demi sedikit.


5. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
6. Kemudian masukkan minyak dan uli lagis ehingga doh menjadi elastik.
7. tutup dan rehatkan doh lebihkurang 30 minit di tempat yang panas.
8. Bila doh mengembang tumbuk doh untuk mengeluarkan angin.


- Yang ni tak guna acuan donut.. Ambil sedikit adunan. buat bulat sebesar bola pingpong. lebihkurang 30gm.
- Kemudian leperkan....
- tekan dengan acuan bulat. i guna nozzle je..
- kemudian rehatkan kembali.. biarkan mengemang sebelum di goreng
- Goreng minyak perlahan.

ni proses nak buat pau kacang. sebelum tabur bijan.. sapu guna air dan tabur bijan.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...